D’ ŘőHǃȩ

Saturday

KEJADIAN DI BULAN PUASA ITU

...........
Errmmmm, sedar2 dah sampai ke pnghujungnya bulan Ramadhan yang mulia ni. Cepatnya masa berlalu. Kebetulan pulak bulan puasa tahun ni adalah bulan exam utk aku jugak. Sebenarnya bukanlah satu beban pun nak exam di bulan puasa ni. Cuma, agak ralat sebab tak dapat nak balik berbuka puasa dengan Mak aku. Nasib baik dapat cuti raya awal, jadi bolehla balik berbuka puasa di hujung2 puasa. Maaf ye mak. Dan terima kasih banyak2 sebab doakan Hie berjaya dalam exam. Sayang mak.

Berbalik kepada bulan puasa ni, ada satu kejadian yang aku memang tak boleh lupakan sampai bila2. Kejadian ni berlaku masa hari pertama puasa 2 tahun lepas. First day puasa.. pagi2 tu aku ada meeting kat opis. Dekat 7 orang yang datang semua sekali termasuklah bos aku. Dan seperti biasa, aku sorang sajalah perempuan dan aku sorang sajalah melayu. (kdg2 aku pun terfikir, aku ni salah pilih kerja ker atau kerja tu yang salah pilih orang.... )

So, nak dijadikan cerita, atas meja tu memang dah tersedia mini cup mineral water. setiap kali miting, sesiapa pun boleh amik. Agak2 miting dah start tu, aku pun dengan baik hatinya menghulurkan satu sorang air mineral tu. Buat baiklah konon... tuan rumahkan....

Dan nak dijadikan cerita lagi, aku pun siap amik satu cup dan letak cun-cun depan aku... dan miting pun berjalan lancar. Semua orang ambil part nak bercakap. nak bertanya. nak menjawab. nak mengomen. termasuklah aku... sebab bos aku akan pandang je muka aku bila ada soklan. maknanya.. akulah yg kena menjawab tu. Dalam pada miting tu berjalan, aku pelik kenapalah sorang pun tak minum. tak dahaga ker. tapi memandangkan masa tu masih pagi, aku fikir maybe dorang baru je habis sarapan. tapi.. takat air mineral jer.. takkanlah tak lalu kot. Ataupun dorang ni nak tunggu tuan rumah minum dulu.. baru dorang nak minum... ishhh sopannya mereka.

Jadi untuk menutup sebarang kemusykilan tu, aku pun dengan penuh rasa tanggungjawab.. ambil straw dan cucuk mineral cup tu. kemudian aku pun dengan rasa penuh tanggungjawabnya juga sedut air mineral tu dalam2. Sebagai laluan untuk yang lain2 tu minum jugak. Dan miting pun berterusan.

Sehingga ke akhir miting tu, tak seorang pun minum air tu. Nasib baik aku pun taklah gelojoh sangat nak habiskan air dalam cup tu. Setelah tutup fail semua, kami pun bersurai..

Lepas tu... aku pun masuk bilik aku.. dan si Tasya assistan aku tanya...

"dorang minum tak depan ko bulan puasa ni...?"

"Hahhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!!!!!!!!!!!!!!! "

Giler aku terkedu. Merah padam muka aku takyah citerla. patutlah dorang sumer tak minum... Ya Allah aku betul2 lupa haritu first day berpuasa. Dorang semua sanggup tak minum sebab hormatkan aku dibulan puasa ni, tapi aku lak yang pegi minum air. Malunya dengan dorang yang ada dalam miting tu.. lagi malu dengan Allah.

Dan aku pun teruskan puasa hari tu... dan aku takkan lupakan hari pertama puasa aku setiap tahun....

..................................

No comments: