D’ ŘőHǃȩ

Saturday

BILA ADRIENA BERPUASA

.............
Tahun ni, Adriena dah 7 tahun. Banyak perkara yang aku dah mula wajibkan utk dia. salah satunya berpuasa. Tapi.. sebagai permulaan, takdelah aku nak paksa2 sangat dia. kesian jugak takut dia kelaparan atau kepenatan kan. Biar dia belajar slow2 kata orang tu.

Sebelum puasa tu.. papa Adriena dah buat satu agreement. Kalau Adriena puasa penuh setiap hari, maka papa akan bagi dia RM100.00. Fehhhhh. Mahu tak melompat dia. zaman aku puasa kecik2 dulu.. jangan haraplah nak dapat RM100. seringgit sehari pun belum tentu. Mak janji nak belikan baju raya n kasut raya je pun rasa dah hepi sangat. Yerlah zaman dah berubah kan... masa aku membesar dulu kehidupan lain, zaman anak aku ni kehidupan dah lain. Begitulah.

Jadi, hari pertama tu.. aku excited sangat nak tahu macam mana keadaan Adriena berpuasa. Tengah hari je aku sms hubby aku tanya Adriena mcm mana. Aku bayangkan dia mesti dah melepek kepenatanla. Maklumlah, size badan Adriena kan XL berbanding budak2 age dia. Hubby aku kata Adriena ok jer. ada tengok tv. aku rasa lega sikit. Maybe masih awal. Petang sikit aku tanya lagi keadaan Adriena. Hubby aku kata masih ok. main internet game lak. Lepas tu, dekat aku nak balik kerja, aku tanya lagi. hubby aku kata.. ada dok main melompat kat pond.... Hah!!!!!!. Biar betul. Aku bajet dah lembik dah dia puasa2 ni.

Sampailah ke hari ni, Alhamdulillah Adriena masih lagi tak tinggal puasa. Dan sampai ke hari ni Adriena masih lagi boleh menten main2 di bulan puasa. Aku pulak yang penat tengok dia tak duduk diam. Entahlah dari mana dia dapat tenaga tu. Tapi mungkin juga tenaga dia tu ditambah lagi dengan agreement aku.. kalau tolong aku buat kuih dapat lagi RM100.00... alahhhhh takat tabur2 coklat rice.. tampal2 ceri.. bleh la... jangankan tidak kan. Kurang2 nya ada jugak buat syarat nak bagi duit raya kan...

Harap2 dia puasa penuh sampai ke hujung yang dah tinggal beberapa hari je lagi ni. Dan berpuasa dengan ikhlas sepanjang kehidupan dia nanti. Mama Luv U Adriena.

...................................

No comments: