D’ ŘőHǃȩ

Saturday

AKHIRNYA SEMESTER AKHIR TIBA JUGA

..............
Akhirnya semester akhir pengajian aku tiba juga. Sem baru bermula September ni sampailah ke December nanti. Dalam tempoh empat bulan terkahir ni, seperti mana2 student lain gak, aku dah tak ada subject lagi. Cuma kena fokus utk siapkan tesis dan satu case study. Walaupun dengarnya lebih senang, tapi kerjanya lebih rumit. Aku cuma harap aku boleh bertahan dari semua segi untuk sekeping kertas tu nanti.

Yerlah, belajar sambil bekerja sambil berkeluarga bukanlah ringan bagi aku. Walaupun mungkin ratusan ribu lagi student yang buat perkara sama di luar sana, tapi komitmen setiap orang tidak sama. Di pejabat memang tak terkejar dengan dateline, miting, site visit dan macam2 lagila. Di univeristi pun sama dikejar dateline siapkan assignment. (Yang biasanya aku siapkan di hujung2 tanduk dateline tu..) Di rumah pun ada dateline jugak... untuk kerja2 yang tak pernah habis. Macam2 kerja.. memasaklah (masak ke aku.?) mengemaslah (mengemas ke aku?) membasuhlah (membasuhke aku?).. ermmm.. Walaupun aku banyak skip kerja2 tu, tapi at least tiap2 malam kena teman Adriena siapkan homework. Tu penting. kan.

Teringat aku masa mula2 mendaftar utk course Master in Project Management ni... Jumlah pelajar semua kira2 20 orang lebih. Semua hebat2 mereka ni. Bangga aku dapat belajar satu kelas dengan pekerja2 dari Petronas, Shell, Talisman, UEM, CIDB, IJM, Malton.. dan ada juga lecturer. Memang dahsyat. Kira course ni mmg related dgn kerja masing2lah. Tapi dalam pada tu, satu perkara yang kurang umpphh ialah pelajar perempuan cuma 3 orang. Dan akulah satu2 nya pelajar perempuan berbangsa Melayu. Kira kalau nak ponteng kelas pun memang tak leh blah la.. pasrah betul.

Dan setelah hampir 2 tahun berhempas pulas...(bunyi macam belajar bagai nak rak lah tu) akhirnya kami dah di sem akhir. Dan daripada 20 lebih pelajar tu.. kini tinggal 11 orang sahaja dalam kelas kami yang Insyaallah akan menamatkan bersama-sama... Rindu juga pada kawan2 yang lain tu. Tapi tu lah, masing2 ada komitmen yang lebih tinggi. Ada yang defer, ada yang ditransfer ke oversea dan ada juga atas sebab2 lain.

Walau apapun, good luck untuk semua coursemate. Kita tetap pioneer. Lepas ni masing2 bawa haluan sendiri, tapi hope jgnlah lupa time sama2 pening lalat sebab kena buat presentation.. hehe. dan juga last minute work time... Terima kasih juga untuk semua Dato', Dr, profs dan lecturers yang penuh komitmen mengajar kami. Maybe kita jumpa lagi untuk sekeping lagi kertas lepas ni.

.......................

No comments: