D’ ŘőHǃȩ

Monday

'BM vs BI'

.........
Minggu lepas, dalam pada mengejar dateline assignment, sempat jugak aku membaca blog kawan sekolah aku izaandarif yang bertajuk The Kids and The Malay Language. Aku rasa enrty ni memang best nak baca dengan bersungguh hati. Baris per baris Iza meluahkan tentang situasi anak-anak mereka yang boleh dikatakan lebih pro BI berbanding BM dalam kehidupan harian. Tambahan pulak mereka sekarang ni berada di Australia, jadi memang persekitaran tu sangat mempengaruhi penguasaan BI di kalangan anak2 berbanding BM tu sendiri. Yang merisaukan Iza ialah macam manalah agaknya nanti anak2 mereka nak menyesuaikan diri semula dengan percakapan dan penulisan dalam BM bila mereka dah balik dan bersekolah di sini nanti. Ermmmmm .. besar jugak tanda soal tu ye Iza. Tak mustahil boleh pelat nanti tu kan…

Sebenarnya… bukan saja Iza yang duduk kat Australia kena risau perkara ni, aku yang duduk kat Malaysia ni pun dah mula terasa risau dengan penguasaan BM dan BI anak aku si Adriena. Walaupun Adriena belajar di sekolah melayu, majoriti pelajar adalah melayu, majoriti guru2 juga melayu, tinggal di perumahan yang majoritinya juga melayu, tapi penguasaan BM Adriena sangat lemah berbanding BI dan subjek utama yang lain. Walaupun papa Adriena ialah guru BI, tapi praktikal di rumah masih biasa2 saja.

Sejak umur Adriena 5 tahun, aku dah hantar dia ke tadika. Pada masa tu, selain subjek2 asas yang lain, Adriena pun belajar B Mandarin di tadika. Dan seingat aku, setiap kali ujian atau peperiksaan, Adriena akan dapat 100 ataupun 90 ke atas untuk subjek BI dan B. Mandarin tapi hanya mendapat 65 markah untuk BM. Keadaan tersebut berterusan sehinggalah Adriena masuk ke sekolah rendah.

Sejak di sek rendah, seingat aku hanya sekali Adriena mendapat A untuk kertas BM…. Selebihnya ..faham2 sendirilah. Tapi penguasaan BI, math dan sains mahupun agama sangat berbeza. Ada masanya Adriena boleh 100 markah untuk BI, Math dan Sains… tetapi tidak pernah sebaik itu untuk BM… dimanakah silapnya?. Sedangkan setiap kali menjelang minggu peperiksaan, aku akan cuba memberikan perhatian sama rata untuk setiap ulangkaji, sama rata juga aku wajibkan Adriena untuk buat latihan. Tetapi keputusannya sangat berbeza.


Apakah masih awal untuk aku risaukan penguasaan BM Adriena..?
Perlukah aku beri dia masa mengikut keselesaan dia dulu…?
Keliru juga yerk..

............................

1 comment:

Arif and Iza said...

interesting post :-)