D’ ŘőHǃȩ

Saturday

HARI INI HARI DATELINE

..............
lecturer aku pernah berpesan.. (actually SELALU berpesan), buatlah assignment awal2, sebab kita tak tahu mungkin masa dateline tu kita demam ke, kita bizi ker, kita kahwin ker... haaa. masa-masa tak terduga kan. yelah, bukannya kita tahu apa akan jadi kat kita even satu saat dari sekarangpun.

AKAN TETAPI.... biasalah.. memandangkan time frame untuk siapkan assignment tu paling cepat pun 2 bulan lebih.... jadi buat apa lah aku nak kecoh2 buat awal2 kan. rilekla. 2 bulan lebih tu panjang tu... leh layan FB hari2 lagi, boleh update blog, boleh gi main netball lagi... tu tak campur berjalan-jalan menghabiskan masa dan wang ringgit lagi.

Biasanya bila dah tinggal 2 minggu lagi nak dateline, aku akan start rasa risau. Hormon risau akan menyerang aku. hormon risau ni akan bawak sekali sanak saudara dia untuk serang aku sama. hishhh, tak baik tul. Tapi memandangkan serangan hormon ni tak macam serangan lebah..so aku masih rilek-rilek lagi.

Minggu terakhir sebelum dateline pasti akan tiba. datang menerjah di siang dan malam hari. saling berganti bulan dan bintang. DAN MEMANG BETUL bak kata lecturer aku... tetiba je la ada banyak keje. keje2 yang nak dihadap hari tu jugak. Apakah ertinya.

Jadi bila dah terdesak tu.. biasalah. siang buat assignment, malam buat assignment, tengah malam pun buat assignment, subuh semut dan subuh gajah pun buat assignment. Eh tak tidur ke.... HAAHHHHH... tak tidur aku ni cik Kiah wehh.. pandangan mata macam berputar menampakkan kutub utara dan kutub selatan.. apa cer...

Adeii.., inilah dia dilema kaki last minit macam aku. Aku sungguh rasa menyesal sebab tak buat assignment awal2. sungguh menyesal dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. (Dan itulah azam aku di setiap semester sewaktu menyiapkan assignment... tapi bila masuk semester baru.. azam tu akan digantikan dengan hobi aku yang sungguh berwarna-warni).

Bukan salah aku kan...!

............................................

No comments: