D’ ŘőHǃȩ

Saturday

AKU SANGAT TERER MENGHABISKAN DUIT....

.....................
Kalaulah ada satu formula yang boleh kira tahap menghabiskan duit dalam darah aku ni... memang aku akan beli hari ni jugak. Itulah keje aku. semua benda nak beli. Penyakit suka menghabiskan duit ni datang bukan sebab aku ni kaya raya... takkkkk. jangan salah faham. kalau dah kaya raya aku ni takyah la susah2 nak pegi kerja tiap2 hari kan. nak mengharung jam kat jalan raya tu lah, nak mengadap bos lagik... tu tak kira bab kena fire lagi tu..

Tapi inilah satu kepakaran aku... membeli membeli membeli. Sampaikan satu hari kalau takde apa2 yang aku beli.. aku rasa macam rutin hidup aku tak lengkap hari tu. ada masanya, kalau dah tak tahu nak beli apa, aku dengan penuh jiwa boleh masuk kedai DIY.. dok pusing pusing pusing dan pusing kat dalam tu sampai sudahnya belikan jugak satu barang walaupun hook sangkut kunci. apa cer..??? lepas tu dah balik rumah tak tahu nak letak kat mana. last2.. dihumban ke dalam stor.. tu tak kira dgn papan pemotong yang sampai 3 kat rumah, plastik wrapping utk dinding yg masih bergulung kemas lagik... tak kira lagi bab kasut, henbeg.. adeiiii.

Bila aku fikir balik.. mungkin penyakit ni adalah masalah hormon... Tapi tak mungkin aku mempunyai hormon yg bermasalah...sebab aku ni kategori tak bermasalah kan (amik ati ni).. tapi yang aku pasti kalau time bermasalah.. memang cukup feel je nak pi perabiskan duit ni. jadi aku fikir semula.. mungkin masalah genetik kot. sebab mak aku pun suka sangat membeli barang. kapet sampai penuh bawah katil, periuk belanga memang macam ada kenduri setiap bulan.. tu tak kira penapis air lagik tu, sudu, cawan, pinggan.. haaa.. mungkin faktor genetik mak aku dah menurun kat aku lah ni.

Dan bila aku tengok si Adriena pun kejenya membeli pensil aje kat kedai koperasi sekolah dia tu..pastu pemadam la, sharpener lah, guntingla, kaler warna la...katanya tiap2 hari hilang. tu tak termasuk mainan dan buku2 kartun lagiu...jadi memang sah la... ini penyakit genetik....genetik untuk kaum wanita. Rasanya doktor pun takleh ubat ni...

Tapi penyakit ni akan rasa macam nak sembuh sikit bila di hujung bulan... hahahaha.

.......................................

No comments: