D’ ŘőHǃȩ

Saturday

ADRIENA DAH 7 TAHUN

....
Memang betul kata orang, masa berlalu terlalu pantas. Sedar tak sedar anak tunggal aku Adriena kini dah masuk 7 tahun pada 29hb July 2010. dah darjah satu rupanya dia. Dah merasa jugaklah aku menelek buku repot periksa dia... ermmm, rasanya macam baru je semalam aku ditahan kat bilik bersalin. melalui saat-saat yang sungguh mengerikan bagi setiap kaum ibu yang melahirkan. Tapi Alhamdulillah, proses kelahiran Adriena terlalu mudah. Mungkin berkat doa hubby dan kedua emak dan kaum keluarga masa tu.

Membesarkan anak sangat berat sebenarnya. Tu baru sorang anak aku. tak terbayang macam mana kawan2 yang menjaga 4 5 anak tu. memang aku respekla. tanggungjawab ni bukan semata-mata menyediakan keperluan material.. tetapi pengisian insaniah. untuk membentuk sahsiah diri, jati diri, maruah yang tinggi, pegangan hidup yang suci dan sentiasa mendapat keredhaan Allah. (ada gaya ustazah bahyah dah ni).

Dan dalam memberi dan melalui proses itu sehari-hari... bermacam-macamlah yang berlaku. demam, sakit, jatuh, menangis, ketawa... Realiti kehidupan kan. Ada harinya aku dan Adriena bermanja, berpeluk, bercerita, sembahyang bersama, bersuap-suapan.... dan ada harinya.. kami berperang. kadang2 aku yang kena tembak dengan dia... tapi selalunya dialah yang kena tembak dengan leteran aku... aku pandai berleter...????... iyer...jangan tak caya. tapi bab berleter ni tunggu post akan datangla yer.

Tapi pahit manis dalam hidup inilah yang mengeratkan lagi kasih sayang aku dan Adriena. Janji aku pada diri sendiri cuma satu, ingin memberikan yang terbaik dalam membesarkan dia. Mahu dia berjaya di dunia dan akhirat. Macam mana emak aku pernah bersusah payah menjaga dan membesarkan aku, begitulah aku akan berikan untuk Adriena.

Mama sayang Adriena. The one and only. (setakat hari ni lah..... :) )

......................

No comments: