D’ ŘőHǃȩ

Friday

PHd TU APER...????

.................
Soalan di atas adalah berdasarkan kesah benar dalam hidup aku. Apa dia PHd..? ini phd betul2 tau.. yang phd, master dan degree tu.. bukan phd yang Perasaan hasad dengki tu.. yg tu lain...

masa tu, aku form 2, sembang dengan classmate aku Saiful Bahri Abdul Majid, budak Sentosa. Mungkin sebab aku ni open sikit, jadi dia sukalah menyembang dengan aku. aku ni pun layan je la dunia cerita2 dia tu... macam2 ada...!

satu hari tu, dia dengan bangganya bagi tahu yang sedara dia telah tamat pengajian kat universiti. Masa tu, kalau dengar cerita orang masuk U.. memang nganga habislah. kira dasyat sungguh, macam nak tabur beras kunyit jer. So dia pun cerita2 lah dengan segala mukaddimahnya dan ulasan2 panjang lebar.

"sedara aku tu dah habis level PHd" dia cakap

bila aku dengar 'level' PHd, so aku fikir mesti ada level atas lagi pada tu.. padahal aku tak tahu pun benda apa phd tu. jadi aku pun tanya la soalan bijak

'kenapa dia tak sambung lagi?..."

Bahri dah macam nak kerutkan dahi tengok aku.

'Nak sambung apanya, dia dah buat PHd'

'yerla, Kenapa takleh sambung, sambung jelah sampai habis'.

Boleyyyy???? dh la aku tak tahu, lagi nak bercakap macam faham keadaan jer. haha.

si bahri pun menjawab...

"Bila dah buat phd dah abislah belajar weh. dah dapat pangkat Dr. Ko tahu dok PHd tu aper..????".

alamak... aku macam dah kantoi.

"phd tu aper..????' aku tanya Bahri. sambil senyum simpul2 lagik. tapi boleh rasa muka dah panas kemerahan... maka si Bahri pun dengan panjang lebar menceritakan satu persatu apakah bendanya pdh tu....

Oooooo.. barulah aku faham. Tapi, bukan salah aku kalau aku tak tahu phd masa tu. sebab dari kecik, mak aku selalu pesan..belajar rajin2 sampai masuk U. Cikgu2 kat sekolah pun pesan gitu jugak... mesti belajar sampai masuk U. pastu kalau pegi kursus motivasi pun semua fasilitator akan cakap belajar sampai masuk U..(alaaaa kursus motivasi... kursus yang dok bagi macam2 kata semangat tu..ibaratkan bulan pun boleh dicapai dengan tangan tu... usaha tangga kejayaanlah, perjuangan belum selesaila, sehingga berjumpa di menara gadingla.., see you at the top la... haaa yg tu lahhhh ).... pun takde disebut belajarlah hingga dapat phd. master pun tak disebut2 langsung....

Jadi memang sudah terang lagi bersuluh bukan salah aku kan kalau tak tahu apa itu phd... kannnn.

apa kabar agaknya si Bahri skrg?. Apapun terima kasihla sebab dia yang kenalkan aku apa itu phd....

......................................................

No comments: