D’ ŘőHǃȩ

Friday

KEMARUK AYAM DI LA

............................

Bagi insan kerdil yang tak suka makan ikan macam aku ni... dan akan mengalami sumpahan kalau makan daging... jadi sah2 la menu utama aku ialah lauk ayam tiap2 hari. apa lagi pilihan yg aku ada. nak cari seafood yang sedap bukannya senang. nak masak sendiri lagilah tak berapa nak sedap...

Jadi kalau dibayangkan memang diri aku dengan lauk ayam ni dah kira ibarat aur dengan tebing. ibarat teruna dengan si dara... wahhhhh gitu..

Nak dikesahkan pasal ayam ni... teringat aku masa kena bertugas kat LA dulu. masa baru sampai manalah tahu lagi kat mana boleh dapat makanan halal. Lagipun US bukan mcm UK yg senang sikit nak jumpa nasi. Jadi aku cuba bertahan dengan makan kentang dan roti. Sikit lagi nak biru dah mata hitam aku nih. Sampai satu hari tu, aku ingat lagi.. aku dengan tak sengajanya telah lalu dihadapan sebuah McD. mak aihhhh. walaupun ayam goreng di McD tak sebagus ayam KFC, tapi bolehla takat nak lepaskan gian kan... jadi aku pun berhenti depan kedai tu.. hati berdebar2... memang rasa dah nak terkam kaunter tu nak order.... akan tetapi........

Ayam kat sana manalah halal. Actually aku tak pasti pun pasal status tu. tapi kalau dah tak pasti tu, baiklah lupakan saja. Jadi aku pun terus melangkah.....

Masa tu... aku rasa memanglah hujan batu kat negeri sendiri tu jauh lebih baik. kalau kat kampung sekalipun, kot teringin sangat nak makan ayam pun, mak aku suruh je saper2 tolong sembelihkan ayam kalau pasar dah tutup. uhhhhh. memang time tu rasa nak beli tiket balik kampung... (time tu jela.... )

............................

No comments: