D’ ŘőHǃȩ

Monday

MENJAGA ANAK SEORANG LEBIH MENCABAR DARI ANAK RAMAI

....
Aku memang salute dengan kawan seangkatan yang dah ada anak 3, 4 or 5 orang. Dia orang ni memang tabah, kuat dan cekal jiwa raga. Respek betul. lagi2 yang perempuanla, sebab mereka ni yang mengandung, yang kesakitan melahirkan dan berpeningan berjaga malam dan berperang membesarkan anak2... yang lelakinya..ermmmm no komenla... susah sikitlah dalam bab ni.. Ramai yang cakap suka anak ramai, suka baby, suka rumah meriah dengan gelak tawa anak2... tapi bab menjaga..yang adooo.... (wahh bleh mengundang kontroversi nih hehe).

berbalik kepada cerita aku ni.... diri aku ni sebenarnya seorang yang suka dengan budak2. Aku suka sangat. Kalau boleh nak anak ramai jugak...macam abang aku tu ha.. 5orang tu.. tapi mungkin alahan teruk masa mengandungkan Adriena dulu masih buat aku phobia. lagipun aku membesar dalam family yang kecik, jadi mungkin aku faktor tu mempengaruhi kenapa anak aku masih seorang. Selebihnya, terserahlah kepada kuasa Allah.

Tapi, aku dapat rasa yang membesarkan anak seorang ni cabarannya lebih besar dari anak ramai. Lagi2 bila anak aku adriena dah pandai demand banyak benda. setiap kali ada perkara yang dia tak puas hati..mesti dia akan cakap..


'Mama ni...anak sorang pun nak marah..'
'Mama ni...anak sorang pun tak nak belikan benda tu / benda ni'
'Mama ni...anak sorang pun tak nak bagi main laptop'
'mama ni...anak sorang pun tak nak masakkan meggie... '

Ermmmm modalnya 'anak sorang pun dot dot dot...


Kadang2 aku pun konfius jugak. Based on Adriena punya statement ni... adakah aku perlu beranak ramai2.. atau aku penuhi saja 100% permintaan dia...

Ermmm.. maybe kawan2 aku yang ada anak ramai tu boleh bagi tips nih.. hehe


............................................

2 comments:

Izan said...

tambah je la.. itu lah yg paling bagus... Dpt cuti 2bln lagii...Kalau alahan boleh amik mc 3bulan lagi..

azeri said...

ada bran..?