D’ ŘőHǃȩ

Sunday

"IS THAT GEORGIO ARMANI?"

.....
Aku sangat bertuah sebab dapat bekerja di sebuah syarikat antarabangsa yang sangat fleksible dari segi rules bekerja. boleh sampai lewat,boleh kluar lunch bila2 masa, boleh pegi tapau goreng pisang, roti canai, tea time, order pizza, order kopitiam, order mee kari walau pukul berapa pun... maybe sebab big bos aku masih muda... jadi dia faham suasana bekerja gaya orang muda... yang tak suka tekanan... TAPI yang penting kerja kena siap, dateline tak boleh miss. Barulah fair n square kan!.

Tapi, dalam pada itu, ada satu perkara yang bos aku sangat ambil berat. Etika berpakaian di pejabat. Haaa.... yang ni kena jaga. imej korporat sangat penting. kalau kasut tak hill.. tak kick la. kiranya gitula. Tapi dlm ofis biasalah, selalunya kami lebih selesa pakai selipar jepun, sebabnya lebih senang kalau nak naik tingkat atas atau nak turun tingkat bawah. lebih senang dan lebih laju perjalanan.

Nak dijadikan cerita, pembantu aku ni nama dia Tasya. Dah nasib dia nak terkantoi dengan bos gamaknya. satu hari tu dia pakai selipar jepun masa nak fax surat. selipar tu warna hitam yang selalu kita boleh nampak budak2 muda pakai kalau pegi shopping mall. kebetulan pulak bos ada kat situ. Bos aku baik punya usha kaki dia. siap2 dia fax, bos pun tegur dia...

"Tasya, is that Georgio Armani....?"

Si tasya pulak tak berapa faham maksud bos aku. Jadi dengan lurus dan bersungguh dia menjawab.

"No boss. This is not GA"
"Are you sure?" Bos nak perangkap dia..
"Yes... this one is just a cheap sandal"
"Please don't wear in the office then... ok.."

"Errrkkkkk..."

Barulah si Tasya faham maksud bos aku tanya soalan tu. Maka terkantoilah dia hari tu. Dan biasalah, lepas tu kisah Tasya menjadi bahan lawaklah kat pejabat aku. sesiapa yang pakai selipar jepun, mesti akan claim selipar tu brand Georgio Armani... Tasya punya pasal...hehe so sweet.


............................................

No comments: