D’ ŘőHǃȩ

Saturday

ALL THE WAY WITH YOU IZA....

....
Semalam, aku betul2 tak boleh tidur. Tapi tak ada mood nak tengok tv atau buat kerja2 ofis yang tak habis2 tu. rasa macam nak rest jer.. mungkin sebab angin exam baru habis. Tapi kalau tak exam pun selalu jer takde mood nak buat keje.. hehe. jadi, malam tadi sambil duduk2 depan TV, aku layan lagu2 dgn headphone dan layan FB. dalam pada tu, aku terpandang wajah geng sekolah lama aku yang comel dan manis.. saper lagi kalau bukan si Izawati. Sementara tak boleh tidur ni, bolehla aku membaca blog dia.. sebelum ni jengok2 gitu jerk...tak sempat nak baca lebih2.

Rasanya semua geng2 sekolah tahu Iza skrg ni kat australia sambung PHd dengan suami dia Arif.. Satu family dia kat sana. Bestnya... Rasanya batch aku Iza yang first buat PHd.. tahniah!. aku ni sendiri pun tengah pening2 lalat nak habiskan master. Cayalah Iza.

Cerita pasal Iza ni.. memang banyak benda yang aku tak boleh lupa. Salah satunya, Iza ni kiranya geng bas sekolah akulah. Selain Iza, ada Azliana, Juliana. Iza dulu selalu jadi saksi aktiviti aku lepas sekolah sementara tunggu bas.. hehe. Memang banyak benda yang kami share. Kalau nak buka cerita tu hari ni.. memang tak habis2 la. Tapi satu yang aku ingat, kami pernah sembang pasal cita2. Iza kata dia nak ada kareer yang best.. tapi tak nak jadi cikgu.. alasan dia.. walaupun cikgu ni dapat pahala berpanjangan tapi dia tak nak pegi sekolah tiap2 hari sampai tua.. hehehe. Tapi oklah.. Iza jadi lecturer.. kira pendidik jugalah tu.. cuma di level lebih tinggi. Alhamdulillah. Aku pulak masa tu sebok nak jadi wartawan. wartawan..???? iyer. entahlah kenapa, yg aku tahu jadi wartawan best sbb boleh conquer surat khabar, boleh tulis apa saja walaupun kesah menteri dan sultan. tak ke power tu..

Tapi one thing pasal Iza ni... dia ni mmg budak baik masa sekolah. Sifat Baik dan Iza ni memang sinonim. Bijak tu memang takde sapa boleh nafikanlah. Kira kalau kat sekolah dulu, KALAU si Iza ni ponteng sekolah, mungkin sekolah akan umumkan yang ponteng sekolah tu bukan lah satu kesalahan.. hahaha. Tapi kalau aku ni ponteng sekolah... memang cari nahas lah tu.

Kebetulan pula, kakak ipar aku saudara dengan Iza, jadilah kami bau bau durian. Tapi sebelum tu pun aku memang dah kenal dgn family Iza ni, mak ayah dia, kak era n adik dia si Fizan yang suka bertekak dgn aku sampai la ni kat FB..... Walau apapun, good luck Iza di Melbourne.. lepas ni kalau aku pegi sana.. sure tak yah bayar duit hotel... hehehe


....................................

3 comments:

gunx said...

best student ye dok ? keh keh

Rohiez said...

betulla ... puas nak mengejornya...

Izan said...

takyah kejar.. Naik aeroplane jer gi sana.. Air asia ader offer kak. Umah per je...