D’ ŘőHǃȩ

Thursday

WHAT A SMALL WORLD

...
Bila berkebetulan berjumpa dengan orang yang mengenali seseorang yang kita pun kenal.. mesti kita selalu sebut "what a small world"... contohnya, si polan A kenal abang kita, si polan B kenal adik kita... gitulah. dunia yang sebesar2 alam ni dirasakan kecil sahaja. macam tu jugak aku..dalam hidup aku banyak berkebetulan dengan orang2 yang mengenal orang yang aku juga kenali.

Scene satu

yang paling menakjubkan ialah bila first time aku bawak best fren aku si Umi a.k.a aumi mahmuda muslimin datang rumah aku kat maran lepas kami grad UKM. Masa tu dia mintak aku hantarkan dia ke Sek SHAH pekan untuk ambik sijil SPM dia.. siut ko Mie.. dah grad baru nak collect cert... Dari KL Umie naik bas sampai temerloh, then aku fetch dia bawak ke Maran. So petang tu kami pun pegi minum2 kat Restoran Zaharah kat Maran.. kira paling bagus sangatla restoran tu masa tu... dan untuk selamatkan budget aku daripada membelanja Umie..aku pun call la BF aku untuk joint sekaki... hahaha... selepas berkenal-kenalan, kami pun orderlah apa yang patut. Aku mesti order baik punya sebab BF belanja... tengah2 minum, BF aku tanya Umie...

'Ada tak adik or kakak yang jadi cikgu'
'Ada.. kakak aku "
'Nama apa "
"Sabiha "
"Hah.. memang betulla.. Sabiha tu junior aku.. sama2 amik English course.."

Wutttttt...????? my BF sama course dengan kakak my best fren.. and I know her sister also... yes... Wut a small world... so..terpaksalah kawin dgn my BF.. haha.


Scene 2..
geng2 taman aku ni ramai yg ada FB. so mestilah kena add semua supaya lebih meriah lagi. kalau nak buat makan2 pun senang ajer nak mesej... syok tu. Apa yang funny... bila dah add2 tu... ditakdirkan jiran sebelah rumah aku, namanya Sri rupa2nya room mate kawan baik aku masa sekolah dulu si Izawati masa kat UIA. Wut a small world. masa hari raya tahun lepas aku buat gathering kat rumah, tapi Iza tak dapat datang sebab berpantang. Selepas tu baru aku tahu rupanya Sri ni siap pegi visit Iza kat rumah dia.... ermmmmm kalau tahu memang dah kirim kain lampin utk baby Iza si Aina tu...

Scene 3

ahhhh banyak lagilah... lain kali aku sambung lagi...


........................................................

No comments: