D’ ŘőHǃȩ

Friday

SEDAWA NAK BESAR ATAU NAK GEMOK?

Semalam, aku pandu kereta nak balik rumah berdua dengan Adriena. Masa tu kami baru lepas dinner. Adriena ni biasalah.. bila dah kenyang sukalah hati dia... macam2 benda dia bercerita dalam perjalanan tu. Dia citer pasal cikgu sekolah dia yang nampak macam orang tuala..., dia citer pasal budak kelas dia suka bergaduh la.. dia citer pasal ular masuk tandas lelaki sekolah dialah.. (hah!!! ular masuk toilet budka lelaki.. kan ke bahaya tue..) dia citer pasal Mila si penyanyi tula, ishh banyak betul citer dia. tak habis2 sepanjang jalan.. aku pun heran mana dia dapat gen bercakap banyak ni... ermmmm..

disebabkan aku tengah memandu, jadi aku layan jelah citer dia. Haah, iyer.., oh ye ke.. kenapa macam tu?.. lepas tu..? betul2..!! laaaa.., eh teruknya...' itulah antara feedback mesra yang aku boleh bagi kat dia.. Dia pun mestilah rasa excited sebab aku bagi perhatian bila dia bercerita kan.

Tiba2, aku sedawa. Tapi dengan penuh sopan la.. Adriena yang tengah syok bercakap tu terus diam dan pandang muka aku. aku pun tanyalah :

"Kenapa Na tengok muka mama..?'
"Mama sedawa ke..?"
"Haah.."
"Mama, orang sedawa sebab nak membesar kan..?"
"Haah.. kata orang tua2 mcm tu la."
"Tapi mama dah besar.. so kalau mama sedawa maknanya mama nak gemoklah kan..."

erkkkkk....

Aku pun tak sure respond macam mana nak bagi kat dia.. Tapi aku play safe je la..

"Dr kata mama ni kurus... mama kena tambah berat badan sikit supaya balance dengan ketinggian mama..."



..........................................................

No comments: