D’ ŘőHǃȩ

Friday

AIR SIRAP DAN AIR MASAK

Ni lagi satu citer pasal Adriena. Setiap hari, aku bekalkan adriena dengan air masak ke sekolah. Kesian dia nanti dahaga dalam kelas. Tak boleh concentrate blaja plak. Lagipun dia memang suka air masak berbanding air manis. Aku pesan, bila waktu rehat pun bawaklah air masak tu sekali, so tak payah lagi beli air kat kantin. Bukan sebab kedekut air 30 sen tu, tapi at least boleh gak dia jimatkan time berbaris nak membeli tu.

Tapi lepas tu, aku tengok air bekal adriena selalu tak habis. luak pun sikit ajer. Kecuali hari dia ada PJ.. mesti kering kontanglah botol air dia tu.. so one day aku pun tanyalah dia.

"Kenapa Na tak habiskan air bekal ni?"
"Na beli air sirap tadi kat kantin"
"Kan dah ada air masak bekal ni, kenapa nak beli air sirap lagi..?"
"Saja jer.. kawan2 Na beli, Na pun beli jugakla.."

Errmmm .. pengaruh rakan sebaya betulla. Lepas tu aku pun memikirkan satu idea supaya dia tak perlu lagi beli air kat kantin.

"Lepas ni Na tak payah la beli air sirap lagi. Bawak air masak kat kantin yer".
"Kenapa mama..?"
"Kalau minum air masak, Na jadi lebih pandai.. cikgu tanya semua Na boleh jawab.."

Lepas aku cakap macam tu, dia pun terus senyap.. Aku pun legalah. Mesti dia tengah menghadami mesej penting aku tu. Tapi tiba2 dia pandang aku dengan muka kerut2 sikit dan cakap..

"Mama.. Na pelikla.. setiap hari Na beli air sirap kat kantin, tapi dalam kelas bila cikgu tanya Na boleh je jawab mama...".

Ermmmmmm... mesej tak sampai lah aku ni..


..............................

No comments: