D’ ŘőHǃȩ

Wednesday

TENGAH2 MEKAP TERLANGGAR KETA BMW

Ishhh tak leh tahan kalau ingat balik citer ni..

masa kejadian ni berlaku, aku baru je kerja kat KL. masa tu aku drive keta kancil jer. kaler silver. bolehla baru nak hidup. entah apalah nasib kancil tu sekarang gamaknyer..

tiap2 hari aku berulang ke tempat kerja guna MRR2 dr cheras ke batu caves. kalau jalan tu boleh komplen aku, memang dia dah suruh aku beli helikopter jer.. menyemak dan menyumbang kepada kesesakan ajer.. dan kalau aku boleh komplen jalan tu.. memang aku suruh jalan tu keluarkan kepak laluan khas untuk aku... fuhhh

tempat sesak yg paling top sekali ialah di pandan indah. aku pun tak faham kenapa. maybe salah jalan, maybe salah kereta n maybe salah ketua kampung kat situ la. jadi disebabkan kereta gerak macam tak bergerak jer.. aku pun amik kesempatan nak tacap2 dalam kereta.. buat 2 kerja satu masa... gempak tu.

dalam pada tacap2 tu.. aku jeling ke depan, line clear.. tacap lagi.. jeling lagi.. clear lagik.. aku pun teruskan la... agak2 ada iras siti nurhaliza dah ker mekapnya.. tiba2...

'gedegang..'

alamak... kereta aku terlanggar kereta kat depan. walaupun tengah jam, tapi boleh rasa gaks impaknya tu. aku tengok kereta kat depan tu BMW lah pulakkk. aduhhh.. berapa ribu aku nak mengganti nanti ni. aku pun beranikan diri keluar dari kereta. terus buat muka bersalah yang paling sedih dalam abad tu... Pemandu tu pun keluar jugak. lelaki. tak berapa muda... tapi muka orang kaya.. (macam ada cop KAYA je kat muka dia tu...) nampak muka dia pun agak tegang jer. aku pun terus menegur dengan penuh sopan santun..

" kereta encik teruk ke.., rosak tak.., ada apa2 yang pecah ker.., "

huh takut jangan citerla. Pemandu tu pun tengok2 kereta dia. lepas tu muka dia selamba jer...

'kereta saya takde apa2... kereta awak tu yang pecah plate.. nak saya tolong ganti ker...?'

ishh perli la plak.. tahu lah keta kancil kan... tapi sebab bersalah..aku senyum je la..

dah habis dia membelek kereta dia... nampak macam dia berpuas hati sepenuhnya la. jadi kami pun bersedia untuk meneruskan perjalanan.. masa tu baru dia kenalkan diri..

'saya dato' Abu Bakar. lepas ni awak bawak kereta tu elok2 yer. jgn mekap dalam kereta bahaya"...............

ngeeee... malunya aku...
tapi sekarang kadang2 buat juga...


..................................................

2 comments:

Izan said...

what else ican comment. Girlz biasa la. Lain kali baca paper la.. lg gempak kak..

Panglima7 said...

apasal ko tak amik no tel dato tu.. kalau tak sekarang ko dah dapat helikopter sebijik..hahahah -rose-