D’ ŘőHǃȩ

Sunday

'SUMPAHAN' BERLAKU SETIAP KALI AKU MAKAN DAGING

...
Masa aku kecik2 dulu..seingat aku belum sekolah lagi pun, aku memang akan ikut kemana saja mak aku pergi. Dah takkan dia nak tinggalkan aku sorang2 kat rumah plak kan. nanti kalau jadi apa2..tak ker kluar front page plak... hehe. Antara agenda jalan2 tersebut, yang paling aku suka ialah menghadiri kenduri kendara kahwin, doa selamat, sambutan hari jadi atau apa2 saja yang berkaitan dengan makan free.. wahhh kecik2 dah pandai nih. bukan aper, time kenduri ni lah aku dapat makan makanan yang banyak dan sedap. kat rumah pun sedap, tapi takkanlah tiap2 hari mak aku nak masak gulai kari daging kan.. kolestrol tuh..

Tapi yang aku musykilkan, setiap kali aku makan lauk atau gulai daging kenduri, bila balik rumah mesti ada kejadian pelik yang berlaku. biasanya dalam sejam lepas makan aku mesti rasa sesuatu yang tak kena. Kulit aku yang lembut, putih, halus dan mulus ni akan dilanda gatal2 dan merah2. habis seluruh badan aku. Setiap kali aku tanya mak aku, dia jawab aku tak boleh makan daging.. tak boleh makan daging dan tak boleh makan daging.. tapi why why why... dahla aku belum sekolah so tak bolehla nak tanya cikgu plak.

Jadi, bila berkumpul dan bermain dengan kawan2, aku ceritakan lah masalah aku ni. Kawan2 aku ni semua pandai menjawab. agak2 kalau aku tanya kenapa ekonomi dunia merudum pun dorang boleh jawab. Tu belum masuk bab2 saham kat BSKL, DEB, persidangan kabinet dan perlantikan raja2. hah ko...!

So salah sorang kawan aku ni pun telah memberikan jawapan dan penerangan yang panjang lebar. katanya aku ni telah menjadi mangsa sumpahan. sumpahannn????. haah korang. katanya mungkin tok nenek aku dulu kerjanya mengorbankan lembu dan kerbau saja. jadi anak beranak lembu dan kerbau ni marah la kiranya. memandangkan aku ni adalah waris yang paling lemah jadi akulah yang terkena. ceshhh suka2 hati kata aku ni lemah kan.. dorang kata sumpahan ni lebih kurang macam dalam filem melayu dulu2 yang Sarimah disumpah kulitnya hitam legam.. sehingga bersalin barulah kulit dia jadi putih semula... (aku lupa tajuk citer tu la..) so konon2nya bila aku dah besar dah kawin dan beranak nanti..barulah hilang sumpahan tu. uiks..lama tu.

Jadi..sejak hari itu, walaupun aku tak berapa percaya dengan cerita sumpahan tu, tapi aku rasa boleh la dijadikan guideline. ada gak aku macam nak menyalahkan tok nenek sekejap. hehe..

Hinggalah masa aku darjah empat.. aku demam. so mak bawak aku pegi klinik. klinik maran jer. masa kat klinik tu, ada sorang budak sedang menerima sumpahan yang sama macam aku. kulit dia berbintat merah2 dan gatal. ada geng rupanya sumpahan ni... ni mesti tok moyang dia dulu suka mengorbankan kerbau lembu jugak nih. kebetulan pulak masa tu ada nurse bersembang dgn mak budak tu...

"ni namanya alahan makanan. dia ni tak boleh makan daging. alahan ni sebab darah atau sistem penghadaman budak ni sendiri..... "

oooo... jadi aku ni bukanlah terkena sumpahan .... hari tu baru aku tahu. ceyyyyy. itupun sebab curi2 pasang telinga dengar penjelasan nurse tu.

Sehingga ke hari ini, aku masih lagi tak boleh makan daging. setiap kali makan, akan terjadilah gatal2 dan merah2 tu kat kulit aku... tapi kalau makan daging rusa, kancil atau unta.. takdelah plak allergic ni...sebab harganya mahal kot... so nak survive, aku makan ayam lah tiap2 hari. cuma mereka yang tahu keadaan aku ni saja yang faham kenapa aku suka makan ayam.

Sekarang ni..nampaknya anak aku pulak mewarisi 'sumpahan' ni sebab dia tak boleh makan seafood. kalau makan kejadian pelik ini juga akan berlaku pada dia... sian adriena.


....................................................

4 comments:

Izan said...

wah...mesti pening kepala nak pikir resipi harian, Sorang tak leh makan daging, sorang lg seafood.. Takpa. Makan ayam dan ikan masin lagi jimat. Hehehhe

Anonymous said...

ooo padanla dengar hari2 pekena meggi jer....barula aku paham...

Rohiez said...

izan :... hari2 makan ayam. abis citer. pastu hujung makan ikan masin dengan garam jerk.. haha

anonymous : kalau aku tak makan megi.. bankraplah company tu. ksian..

merandok said...

I'll remember that next time you come over :)