D’ ŘőHǃȩ

Friday

SEMUT HANGKUT IKUT BAWAH PINTU

...........
pagi tadi, aku tengok gambar2 lama geng2 aku masa belajar kat UKM dulu dlm FB. Semuanya comel2 dan yang penting halus2 belaka. sepanjang aku dok membelek2 gambar tu, satu persatu jugakla kenangan datang menerpa dalam ingatan aku... pahit manis kelat payau.. wahhh. tapi yang paling banyak mestilah manis. sebab dorang ni sumer kategori tak senonoh la.. kategori blasahhh jerr. antara geng2 yg close dgn aku ialah umie, nolin, aween, fid, wati dan ramaiiiiii lagi. bila sebut geng2 ni aku teringat satu citer yang paling sweet la.

kami duduk sebilik seorang. memang privacy n selesa. tapi sbb bilik single, size bilik tu kecik ajerla. ada satu katil single dan space yang cukup nak letak barang. selalunya, malam2 kami akan berkumpul kat bilik salah seorang untuk makan beradap lah katakan. walaupun bilik single, jangan tak cayer.. 12 orang pun boleh sumbat.. sambil makan sambil update hal dalam kuliah, hal dalam tutorial, hal kat cafetaria, hal boifren gelfren... banyak lah halnya. kira surat khabar pun takleh cover citer kami ni.. hehe.

so, ada satu malam tu, semua dah decide nak port kat bilik aku. sambil makan sambil sembang dan bergosip. malam tu yang aku ingat ada umie, wati, aween dan beberapa orang lagik. memang banyak citer.. memang banyak ketawa.. sampaikan masing2 dah habis makan citer blum habis lagi. disebabkan citer belum abis lagi, masing2 tak nak bangun pegi tandas cuci tangan.. hahahha. kita orang lebih rela menyandar kat dinding bilik tu sambil letak tangan atas lutut masing2. tujuannya tangan tak kotorkan lantai.

yang aku ingat...kami bercerita sampai pukul 1 lebih. memang dahsyat. malam tu umie yang agak kepenatan dah terlena sekejap tapi tangan dia still tak basuh lagi.. hahahha... tak senonoh ko mie.. pot biasa umie kalau kat bilik aku mesti kat tepi pintu. jadi tengah malam tu agak2 masing2 dah pewai, barulah merangkak pi bilik air nak cuci tangan termasuklah si umie.

yang aku tak tahan lepas dia bangun dia boleh buat lawak...

"rohie, cuba ko imagine, kita tido tak basuh tangan, lepas tu geng2 semut datang hangkut kita ikut lubang bawah pintu... semua lepas kecuali perut.. "

"gedish gedish.. " Bunyi perut tersangkut kat lubang bawah pintu.. sebab lepas makan terus membuta.. hahaha..imaginasi ko mmg terr uk lah mie.. tak agak2 lah ko..hehe. aku tak akan lupa ni sampai tua lah beb.

lepas tu, ayat "semut hangkut ikut bawah pintu" dah jadi trademark kita orang. sampai lani..

and no doubt, U r my BFF mie...


..........................................

No comments: