D’ ŘőHǃȩ

Wednesday

RENUNGAN SEEKOR IKAN

Hari ni, aku keluar pegi survey2 ikan baru untk pond rumah aku. sejak dua menjak bizi ni, tak sempat nak upgrade koleksi2 ikan baru. lagipun, kesian gak ikan2 dlm pond tu dah lama tak dapat kawan baru yang boleh menjadi sumber inspirasi....yerla ikan2 ni tak reti mengadu, entah bahagia ke tak dorang tu antara satu sama lain. Manalah tahu, entah ada yang kaki gaduh, kaki ngumpat, kaki gosip... mungkin ada gak yang menyombong tak nak campur orang ... jadi kalau aku belikan yang baru..at least yang lama2 tu akan rasa tercabar dan tergugat.. haaaa baru ia tahu nak berubah ke arah lebih positif... positif macam aku ni...

berbalik kepada cerita aku survey ikan tadi, masa aku pusing2 tengok ikan dalam akuarium tu, ada macam2 jenis ikan. yang kecik, yang besar, yang gemok, yang kurus lonjong dan cantik macam aku... ada anak2 ikan.. dan ada gaks yang besar macam anytime je nak gigit pipi aku... huh.

Dalam pada tu, aku terpandang sekumpulan ikan ni.. Subhanallah..cantik sangat. Kaler merah, berkilau2 dan bersinar2 sisik dia.. tapi aku tak tahu nama dia.. sungguh2 aku tengok. dalam pada asyik menengok2 tu, aku terperasan ada seekor ikan tengah merenung aku... jadi aku pun pandang mata ikan tu. bila mata aku gerak, mata dia pun gerak.. interesting giler.. aku pun main2 mata dengan ikan tu. badan dia tak gerak pun walaupun ikan2 lain lalu lalang kat depan dia. aku pandang kiri, anak mata dia ikut gak gerak, aku pandang atas, dia ikut gerak ke atas.. Subhanallah... lama jugak aku renung dia.

Hati aku berbisik :
cantiknya kau ni ikan.. kau macam faham dengan perasaan aku sebagai manusia ni..

Hati ikan berbisik :
Banyaknya jerawat kat muka pempuan nih... sah sebab banyak berjaga malam ni lately ni..


ermmmmmmmm

______________________________________________________

No comments: