D’ ŘőHǃȩ

Wednesday

KENAPA MEJA AKU KAT OFIS L SHAPE

few years ago, kat opis aku, dari meja 4 segi biasa yang membosankan tu, aku mendapat meja lebih besar L shape... wahhh seronok... macam2 benda aku boleh isi.. PC, scanner, kertas, buku, drawing, file rack sampailah ke botol losen, kotak tisu dan tin air GLUCOLIN glukose tu haa...perasa anggur lagi. agak2.. kalau aku tido dalam bilik tu, toto, selimut bantal pun aderla atas meja tu.. itu tak kira bawah meja lagi. kasut2 memang cun je pot kat bawah meja tu. kdg2 geng2 opis pun pelik, aku sorang jer.. pehal sampai berpasang2 kasut dok bawah meja... haaaa.. tulah korang tak tahu. in case bangun lewat, main sarung je baju kaler hijau ker.. kasut hijau dah ader.. kalau tersarung baju pink, kasut pink dah ader... terer kan.. kena eksen pro..walaupun....!!!!

Tapi aku nak citer sebab apa aku boleh dapat meja L shape ni. aku ni kalau dah buat keje, meja aku mmg semak. bertambun kertas, drawing, file la... wahhh ..kalau tengok tu memang mcm usahawan wanita paling berjaya yang buat projek juta2 mcm dalam drama melayu kat tv tu ha.. padahal.... kuli jerkk

So one day, big bos aku dari singapore turun. bila dia datang, dia mesti nak lepak2 kat bilik aku. Aku pun menyambut dengan meja yang berkaparanla... Bos aku ni plak.. tengok gaya macam nak bertanya khabar, TAPI ... biasalah nak follow up projek tu, projek ni, problem tu, problem ni... agak cemaslah aku buka rekod itu ini. Tapi one thing, bos aku semua baik. very sporting .. kalau nak tegur kesalahan staff pun still cakap berlapik.. samalah mcm aku kes meja bersepah aku ni ha.. cara dia tegur mmg buat aku tak lupa sampai matila.

Kata bos aku :
"U know wut Rohimah, im so impressed with project team in Hong Kong. They r doing crazy giant project... they are all so busy, everyday meeting, arguing, fighting and chasing each other... BUT.. their table are always clean and tidy.."

erkkkkk.... pehhh terasa menusuk jantung tu.. aku pun terus jeling sekali lalu level kesepahan atas meja aku.. tapi standardlah.. aku mesti eksen macam pro punya.. jawab pun penuh berhemah walaupun time tu meja mcm tongkang pecah..

"ohh ic. I hope I can be apart of them bos.." Menjawab gak..tapi muka dah merah takleh blah..

Dia pun suruh tukarkan meja aku ke meja L shape yang lebih besar tu.... sampailah sekarang ni ha. Lepas tu.. issue aku kena perli dgn bos tu merebak dengan cepat dalam opis. Yang lain2 tak berkenaan tu pun terus kemas meja gak... pandai plak korang terasa hati yerk.. dan aku pun sungguh berhati2 lepas tu. memang berpakat baek punya dgn geng opis. kalau dapat info big bos nak turun kl.. mesti inform aku in advance... aku nak kemas meja...

Tapi kan bos, I bukannya malas kemas.. I bizi.. i tengah buat kerja lah tu.. betulll!!!!!



-----------------------------------------------------

1 comment:

Izan said...

tu la.. koi pun org kena bg l shape la jugaK.. pasal dah tak muat dah brg atas meja..