D’ ŘőHǃȩ

Wednesday

JANDA KURA-KURA

...
ini kesah lama yang paling kekal dalam ingatan aku... kenapa.. sebab parutnya terus kekal kat dahi aku sampai hari ni...

Kisah tragis ni berlaku masa umur aku 5 tahun. macam biasa.. kat kg aku tu masa membesar ramai geng2 laki jer. budak laki biasalah... bukan reti main mainan yang ada high profile untuk jadi kaya.. tak faham aku. termasuklah abang aku. susah betul nak lekat kat rumah.

satu hari, lepas abang aku puas main dengan geng2 dia..barulah dia jumpa jalan balik rumah. tapi hari tu dia tak balik tangan kosong. ada kura-kura.. uh agak interesting. bukan senang aku boleh menengok kura2 ni.. maklumlah.. aku ni jenis yg main dgn barbie doll je kan..

paling aku suka pasal kura2 ni ialah kepala dia akan keluar perlahan2 bila kita semua diam kat depan dia.. dah tu punyalah susah dan lama plak nak tunggu. aku ni biasalah.. mana tahan bab nak sabar lebih2 nih.. masa kecik2lah.. tapi sekarang bagus sangat orangnyer..

disebabkan lama nak tunggu, aku pun ambik kayu dan cucuk kat kepala kura2 tu supaya keluarkan kepala dia. tak jugak keluar. bila ternampak aku buat macam tu, abang aku pun marahla. aku pun kebelakang sketla. bila dia tak perasan jer.. aku pun cucuk lagi. geram la. apsal kura2 tu tak nak tengok aku.. aku kan comel.

disebabkan gangguan fizikal aku atas kura2 tu, abang aku pun terus letak kura2 tu kat atas cabang pokok jambu kat depan rumah aku. ishhhh lagilah aku tercabar. tapi aku diam2 je dulu. bagi line clear.

sampai waktu makan tengahari tu.. mak aku panggil kita orang makan. aku kata aku tak lapar.. betulkah aku tak lapar..??? Aku pun turun semula ke bawah pokok jambu tu nak sambung kerja2 pencucukan kura2 tu. sebabkan tinggi, aku pun ambiklah kayu. dengan kayu tu aku pun cucuk2 kura2 tu..

Dalam dua tiga kali cucuk kura2 tu.. tiba2.... bukan setakat kepala kura2 tu keluar, sebijik kura2 tu terus melayang jatuh dengan gaya yang sungguh profesional dan menghempap betul2 atas dahi aku....

'bedebek.." apalagi.. dahi aku berlawan dengan cengkerang kura2... mestilah dahi aku yang tulus mulus ni terkopak.. darah keluar banyak.. yang aku ingat habis mata aku basah dengan darah.. apalagi.. meraungla. mak n abang aku pun melompatla..

yang aku ingat..mak aku angkat aku bawak naik dan gunting baju aku sebab nak lap darah...

dan yang aku ingat jugak abang aku cakap ... cucuk lagi..cucuk lagi.. dah bersepai..

cesh.. marah pulak. lepas kejadian tu.. dorang panggil aku janda kura2... boleh ker... tapi bolehla sebab parut tu masih termaktub kat dahi aku... ish ish ishhh

..............................................................

No comments: