D’ ŘőHǃȩ

Wednesday

GIRL a.k.a GOAL KEEPER

One day ni, aku pegi rumah abang aku kat area kg melayu subang. pegi melawat dia.. kalau aku tak pegi kang dia kata aku adik durhaka plak. tambahan pula, aku pun memang terkenal sebagai adik mithali yang tiada tolok bandingnya...kira kalau kat malaysia ni susah nak jumpa yg macam aku la.. ishh tak leh tahan betul kalau bab ni... hehe. rumah abang aku ni meriah. memang gerenti meriah. bak kata orang..(bukan kata aku tau..) dari nilai2 kemesraan, kemanjaan, kasih sayang sampailah ke hiruk pikuk, tempik dan jeritan ala2 tarzan sumer kluarlah... ahahaha...tapi kakak ipar aku tu cool jer. macam dah cucuk ubat pelali jerk.. hehe. Anak2 abang aku yang seramai 5 orang tu pun memang suka kalau aku datang... sah2 aku ni je lah sorang auntie belah bapak dorang tu ha.. "auntie datang, auntie datang..".. tapi lepas salam jer.. masing2 lesap sekejap jer.. kekekekke.

Aku selalu gak tengok budak2 main kat kawasan rumah abang aku tu. yang selalu aku tengok anak2 buah aku along and angah main bola sepak. TAPI...... yang spesel tu keeper dia budak PEREMPUAN... punyalah steady.... tukang score plak semua budak lelaki... ferrrrrrhhhh... kelas.

Budak pempuan ni dalam darjah 4 kot, cantik, tinggi jugak, rambut panjang, kulit cerah.. muka manis.., dari air muka, aku rasa budak ni cerdik.. tapi dari markah periksa yang betul aku tak tahulah plak.. hehe. dan memang konfiden bila jaga gol. macam takde rasa takut je dgn tendangan bola budak2 lelaki tu. Takpun dia memang dah tahu level kelembikan tendangan bola budak2 lelaki tu... hahaha.. tercabar tulll.

Kenapa budak perempuan ni menarik perhatian aku..????? ermm aku tak boleh deny yang aku memang ada perasaan suka tiap kali tengok dia kat padang. sebab, budak ni memang lebih dasat dari aku zaman kecik2 dulu. Walaupun zaman aku membesar dulu ramai kawan2 lelaki.. tapi takde la sampai aku jadi goal keeper...

harap2 dia berjaya bila besar nanti...


..........................................................

No comments: