D’ ŘőHǃȩ

Thursday

AKU BUKANNYA MALAS..AKU BIZI...

...
Office aku ni 3 tingkat dan melibatkan beberapa floor. memang terlalu besar kalau dibandingkan dengan gerai nasi lemak cik kiah tepi jalan tu ha... Walaupun 3 tingkat, tp bos dah buat tangga berpusing2 dalam office, jadi lift hanya akan digunakan bila ada event a.k.a majlis kenduri kendara saja. department aku pulak di tingkat 2 dan bilik aku paling hujung belakang last sekali dah ala2 dalam gerabak terakhir keretapi tanah melayu lah kira kedudukannya. bilik aku ni mmg jauh dari hingar bingar dan kesibukan pekerja bertekak dan bergosip. aman sungguh..sampaikan Kalau ditakdirkan ada latihan kebakaran ke.. semua orang dah duduk mengira diri masing2 kat luar office, aku masih lagi sengih sorang2 diri depan facebook gamaknyer..

Jadi dek kerana ofc 3 tingkat yang pintu liftnya dikunci membuatkan aku sangat malas nak turun ke bawah atau naik ke atas. kenapa aku kena buat tu, sebab nak dapatkan bekalan air panas atau stock2 pantry la. kat office aku ni ada dua mesin water cooler/ heater dlm office aku yg disupplykan oleh DELCOL.. (credit tu). dan disebabkan kedudukan yang tak berapa strategik tu, ditambah dengan kurang minat dengan kerja2 membuat air sendiri..jadi boleh dikira dalam setahun hanya beberapa kali sahaja aku buat air sendiri.... tapi sebenarnya aku bizi..bukan malas.. serius. banyak kerja nak buat hinggakan takde masa bawak turun tingkat bawah atau naik tingkat atas semata2 nak membancuh milo dgn gula atau creamer... bukan salah aku kann.. bukan! bukan...!Tapi sumpah aku akan minum kalau orang buatkan ..


sampai satu stage yang paling kronik ... beberapa bungkus nestum dan milo 3 in 1, termasuk beberapa bungkus meggi aku telah diserang expired. Hinggakan sayu sungguh hati aku untuk membuangnya kerana mereka tidak bersalah pun. baru aku sedar yang aku dah simpan stock2 tu lebih dari setahun.. sebab kat pantry pun byk stock gaks.. ampunnnn.. sampaikan masa nak buang tu ada staff aku cakap :-

"ko tahu tak PM pun ada masa buat air tau.. "

alahhhh lagi2 nak compare dgn PM.. cubalah compare dgn ..dgn... dgn.. alahh toksah compare laaa..

Tapi sekarang tidak lagi... kerana satu mesin drinking water telah diletakkan di dalam bilik aku. Bukan takat dlm bilik aku, depan meja aku lagi ni ha.. agak2 kalau tak habiskan stock dalam drawer ni gak tak tahula....







P/S (boleh tak bos letak makcik buat air tu terus dlm bilik ni jer.. bleh tak..??) ngeeeeee


..............................................

3 comments:

Izan said...

wahh.. sambung hos je la...terus sampai meja..

Rohiez said...

tulahh..tgh usha hos terpakai dr helikopter ni.. agak2 ada tak yg bley kasi kawan2 nyer..

Izan said...

hose chopper mcm tak sesuai la akak. Apa kata pakai hos toilet...