D’ ŘőHǃȩ

Wednesday

'VARSITI KITA' BUAT AKU MENANGIS

Varsiti Kita
Lihat Kampusku yang tenang
Damainya alam ciptaan tuhan
Paduan Ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan Ilmu kita harumkan
Sumber Ilmuan berkembangan


Inilah Varsiti kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita


Bangun berbakti membela
Memupuk Insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya
Membina Negara senantiasa
Maju berilmu dan bahagia


Lagu kat atas ni memang betul-betul bermakna bagi aku. Walaupun tak dimainkan di corong2 radio yang berebut2 nak naikkan rating tu, tapi aku masih dengar lagu ni bila terasa rindu zaman belajar. Apa yang buat aku ingat sekali ialah aku menangis bagai nak rak saat aku nyanyi lagu pada hari angkat ikrar kat DECTAR . Hari angkat ikrar ni ialah last day orientasi atau MSK pelajar tahun satu.

Walaupun sepanjang MSK ni senior2 semua kenakan macam2 kat kita orang junior ni sambil2 usha calon yang boleh dijadikan aweks… elehhh macamlah aku tak faham isyarat jiwa dorang tu. Hehe. (ampunn senior..) tapi aku tetap enjoy dan bertahan sehingga detik aku menyanyikan lagu ni secara rasmi.

Petang tu macam biasa, kami diarahkan berkumpul depan kamsis sebelum berjalan ke DECTAR. Dekat je dari kamsis aku tu. So masing-masing ambil tempat. Aku duduk kat bahagian tepi dewan atas sekali. sebelah aku ialah one of my best friend Awen. Dia ni kepala gila2 macam aku gaks. Mula2 aku dok sebok sembang jer dengan awen. Sekali senior pandang, sekali diam. Lepas tu hik hik hik.. banyak tul citer ngumpat2 senior nih.

Tiba2, time berikrar pun tiba. Tapi sebelum tu kami kena nyanyi beberapa lagu terutama lagu ni dengan iringan kumpulan koir yang aku ingat badan mereka ramai yg besar2. ye ker…? Ke mulut dorang yang kena buka besar2 masa nyanyi..? ahh gasaklah. Sebaik muzik lagu ni bergema, meremang bulu roma aku. Bait-bait lirik lagu ni betul2 menyentuh jiwa. Time tu jugaklah wajah mak aku kat kampung menjelma kat depan mata. Aku pun terbayang segala susah payah dia menjaga aku, susah payah dia bekerja sejak arwah ayah aku meninggal dunia, susah payah dia bagi aku pelajaran sampai aku akhirnya menjejakkan kaki ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Lagipun masa tu peluang nak masuk U masih susah. U pun tak banyak macam sekarang. Sebabkan terkenangkan semua ni… air mata aku menitis ke pipi, semakin lebat, semakin banyak..dan aku tak tahan lagi nak pendam tangis…. Apalagi, terus teresak2 aku kat situ.

Awen kat sebelah aku dah gabra. Dia lambai senior yg paling dekat. Abang Irman rasanya nama dia. Dan mulalah dorang dok tanya aku macam2 soalan.

“Rohie sakit ker?, Rohie lapar ker?, Rohie penat ker?, Kenapa?, Kenapa?, Kenapa?..“
Setelah beberapa ketika, untuk menutup spekulasi yang lebih panjang, aku pun bagi jawapan klise yang selamat
“Rindu kat mak jer”.

“Oooooooooo… suspend jer”.

Tahun hadapannya, sewaktu menjadi facilitator aku dah boleh control macho bila dengar lagu ni depan junior2…… dan aku tengok ramai gak yang menangis. dan sudah tentulah aku faham kenapa.


..................................................

No comments: