D’ ŘőHǃȩ

Tuesday

TUPPERWARE MAK AKU BERLUBANG...

Zaman aku sekolah2 dulu, agak2 dalam darjah 5 kot.. memang agak glemer satu produk tupperware plastik brand 'tupperware'. Aku rasa betul brand dia tu. Sekarang pun masih glemer. Cuma aku tak mainlah produk2 tupperware ni. Aku punya pasar malam brand jer.. ahaks!

Masa tu aku ingat ada sorang kawan mak aku datang jual kat rumah. cun2 dia masuk rumah jer..habis dia buka segala stock yang dia bawak tu. kaler biru, kaler pink, kaler hijau, kelabu sumer adalah. Yang bentuk bulat, lonjong, empat segi, lima segi enam segi sumer adalah... hehe. So, bila dah tengok semua tu.. ditambah dengan pujuk rayu janji manismu kawan dia ni..maka mak aku pun terbelilah tupperware tu. aku rasa harga benda tu agak mahal masa tu. bagi level keluarga aku lah. Kalau orang kaya raya tu pejam mata je belik.

So satu petang... mak aku tak de kat rumah. aku ni teringin nak makan nasi dengan telur goreng. tapi tak biasa sangat memasak..(pe'rajin' lah katakan). Abang aku pulak takde kat rumah. Kalau tak boleh paks dia yang buat. Nasi memang ada cuma telur belum masak. So aku cuba recall semula cara2 memasak telur dadar sebagaimana yang mak aku selalu buat. alahhh belasah jer. makan sendiri apa susah.

Telur dah siap bancuh. Now nak panaskan kuali. Then aku pun tuang minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas.. aku perasan yang minyak untuk goreng telur tu terlalu banyak.. alamak.. jangan membazir minyak. So aku pun tanpa mengecilkan api ..aku cedok minyak panas tu dengan senduk dan masukkan dalam.. huhhh yang paling dekat nak capai ialah tupperware baru mak aku tuuuuuuuu ... dalam hati aku bolehlah tumpang sekejap. nanti aku cucilah...

akan tetapi .. uhhh sebaik saja aku letak minyak tu.. tiba2 aku nampak ada minyak mengalir keluar dari bawah tupperware tu. hahhhh apa yang berlaku. alamak. aku pun telek betul2 ..terang2.. jelas2.. rupa2nya... tupperware mak aku dah bocor kena minyak panas.

Sudahhhhhh apa aku nak jawab nanti.... terus aku tutp api dapur. hajat nak goreng telur terbantut.. hajat nak makan nasi lagilah terus hilang. takutnya toksah citerlah. Jadi sebaik mak aku balik, aku pun terus buat muka sedih..muka lapar dan muka bersalah paling happening dalam abad tu la.. sambil tunjukkan tupperware tu kat dia. then dia cakap..

"laaa... dah tu kenapa tak goreng terus telur tu. kan dah lapar. Kenapa tak makan lagi..Meh sini mak gorengkan telur. 5 minit je siap ni yer".

Itulah ayat mak aku. Sikit pun tak sebut pasal tupperware baru yang berlubang tu. sayang mak kat aku melebihi segala2nya. Kalau aku jadi anak durhaka jugak tak tahulah. Tapi aku memang sayang sangat mak aku.. the one and only... dia best


..........................................................

2 comments:

azeri said...

Tu la lain kali belajar la masak ni dok dok main jer , sekali masak dah kena cammtu..huh

Rohiez said...

hishhhh... tu citer lama. sekarang i terer macam chef wan.. bab makan