D’ ŘőHǃȩ

Monday

TERKORBANNYA SEBOTOL PERFUME BOSS

aku ni seorang yang pemurah lagi penyayang.. (wahhh tak kuasa). Sebab aku ni suka belikan hubby aku perfume. tapi ni citer lama lah. Masa ni umur Adriena dalam 3 tahun lebey kot. Aku belikan sebotol perfume BOSS utk hubby aku. Berapa harganya toksahlah aku citer untuk mengelakkan sebarang kontroversi di dada akhbar pulak.. agak2 lah kan.. hehe. Kenapa aku belikan perfume tu.. entahlah dah lupa.. beday ker.. anniversary ke.. father's day ker.. salah satu lah tu.... hehe.

So bila dah balik rumah tu, aku park perfume tu cantik kat atas almari dalam bilik aku. kira tunggu nak hand over kan lah. dan macam biasa malam tu aku melayan TV lah. Dan adriena main mainan dia kat dalam bilik.

Mula2 aku dengar suara dia riuh jer main kat dalam bilik. So aku tak kacau lah since mainan dia sumer girly thing yang soft dan selamat. Sekali sekala aku intai..dia tengah khusyuk main. aku intai lagi.. dia tengah khusyuk lagi..intai lagi pun tengah khusyuk main.. so aku pun biarkanlah.

kira-kira 15 minit lepas tu.. tiba-tiba Adriena berlari ke luar dan betul2 stop kat depan aku. Dengan muka yang agak pucat dia tanya aku.

"Mama tak marah Na kan..?"

Jeng jeng jeng..aku dah dapat agak ada berita kurang menarik dah ni.. Tapi apakah ia..? so aku pun bertanya kat dia

"kenapa sayang..?"

Dia tak jawab tapi mata dia pandang je ke dalam bilik. So aku pun boleh agak yang telah terjadi sesuatu di dalam bilik aku tu. Aku pun masuklah ibarat anggota CSI nak menyiasat. Sebaik aku masuk jer... wahhhh semerbak harum bau bilik aku. Dan bila aku tengok kat lantai..... uwaaaaaa

Botol BOSS tu dah terbelah dua kat lantai... basah merata2. atas karpet, atas tikar... ohhhhhhhh. Nasib baik kaca botol tu tak pecah bersepai. Dan lega sangat sebab tak kena kaki Adriena...

So ..apa nak buat... dah terkorbanlah sebotol perfume BOSS yang masih suci belum terusik lagik.... Tapi aku happy gaklah sebab kira2 seminggu dua lepas tu bilik aku memang harum semerbak lah... cuma bila difikirkan harga BOSS tu.. aku terkedu. aduh sayangnyaaaaaa....

Tapi aku sayang anak lebih lagilah.. hehe

.............................................

No comments: