D’ ŘőHǃȩ

Thursday

SURAT CUTI SURAT CINTA

Hari ni one of my office mate bercuti. Bila terpandang borang cuti dia..aku pun terus teringat satu cerita pasal 'surat cuti' yang berlaku masa aku darjah enam dulu. citer ni kira lawak seramla. kalau geng2 sekolah aku baca sure dia orang pun akan ingat citer ni. hehe

Masa sekolah dulu aku ni memang kawan dengan semua budak. baik dengan budak lelaki dan budak perempuan gak. aku jenis yang boleh aje berkawan. no hal la. antara yang rapat dengan aku masa tu ialah Nik mohd Halizu dan Amir Khan. kami agak rapat sebab duduk meja dekat2. Si nik halizu ni pulak suka ejek2 aku dengan si Amir Khan tu. hahaha.. nasib baik masa tu tak reti pasal gosip2 ni lagik. kalau tak dah kluar mangga dah citer aku. tak pun Zubir dah komen kat Bpop.

Ditakdirkan, satu masa tu, si Amir Khan ni kena balik Siam ikut family dia bercuti. Lebih kurang dua minggu kot. So dia pun kirimlah surat cuti melalui Nik Halizu. Dia dua orang ni memang baik sebab duduk rumah kedai dekat2 masa tu. Mak aku pun kenal family dia orang ni. Kebetulan kakak si Amir Khan ni sama tua dengan abang aku. Norma nama dia.

jadi, sebaik cikgu kelas kami masuk..cikgu Ashaari lah ni.. dia pun bagi tahu yang Amir Khan bercuti. Lepas tu ada surat kat tangan dia. Dan tiba2 dia macam sungguh nak bacakan surat tu kat dalam kelas... sedangkan surat budak2 lain bercuti takde pun dia nak baca.. aku pun biasa bab2 bagi surat cuti nih.. hehe

So..cikgu Ashaari pun bacalah.. tarikh, daripada, kepada, perkara... ingin bercuti bla bla bla... tiba2 sampai satu part tu dia stress sikit...

"Saya Amir Khan akan bercuti selama ....... dan tolong sampaikan salam kepada kawan baik saya Rohima...."

uhhhhhhhfgrhghhhhhhh... bagai nak gugur jantung aku dengar... muka aku terus tukar kaler... macam udang kena bakar. malu giler. takut pun sama. aku pandang Nik Halizu... dia sengih2 buat tak faham plak. cessss..

lepas tu cikgu cakap "apalah tulis surat macam ni kat cikgu. surat cuti macam surat cinta. bagi kat GB baru tahu.."

erhhhhh.. aku dah gabra. Nasib baik cikgu ashaari baik. pejam mata jer la. lepas tu bila amir khan balik sekolah semula.. aku tanya dia kenapa tulis surat macam tu. Dia kata Nik halizu yang tulis. Tapi bila aku tanya Nik Halizu..dia kata Amir Khan yang tulis. ishhh ishh.. tapi aku tak berkesempatan nak tengok tulisan tangan siapa sebab cikgu dah simpan surat tu. takkan nak mintak plak kan. gilerrr.


Walau apapun..aku doakan kejayaan kawan aku yang berdua ni forever walaupun dah lost contact sekarang..


.....................................................

9 comments:

Izan said...

wah.. satu ayat yang sesuai..
"kecik2 dah gatai"

qurratu 'aini said...

k rohi..teringat kat cikgu Asyaari tu..suka belajar math dgn dia..memg dia cikgu yg sgt baik..

azeriee said...

wah dari kecik dah ader follower nampak.... no berapa tu?

Rohiez said...

izan : Bukan gatal.. femes.. hehe

aini : dia mmg baik kan. walaupun berjambang berjanggut menakutkan gakla..

azeri : huh.. baru tahu ker..

Amir Ibrahim said...

Teringat saat itu..thanks rohie

Zainol Zakaria said...

Good story,to Mr Amir Khan ur good friend

Zainol Zakaria said...
This comment has been removed by the author.
Zainol Zakaria said...
This comment has been removed by the author.
Zainol Zakaria said...
This comment has been removed by the author.