D’ ŘőHǃȩ

Wednesday

SEMBAHYANG SAMBIL NGENDAP2

Ini salah satu cerita dan memori yang palig lucu yang tak mungkin aku boleh lupa sampai bila-bila. Masa kecik, aku belajar mengaji di surau kampung aku. Aku belajar sekali dengan abang aku. Dan biasanya kami pergi belajar sekali dengan time mak aku pegi solat maghrib. Masa tu aku belajar mengaji dengan Imam surau kampung yang dikenali sebagai haji Bahram. Haji Bahram atau Ustaz ni ada seorang cucu yang sama2 belajar dengan aku jugak dan merupakan salah seorang dari best friend aku masa sekolah rendah and even sampai sekarang pun. Nama dia Rahayu Hairuni atau Ayu.

Satu hari tu, masa ni kami dalam darjah dua rasanya. lepas mengaji kami terus sama2 sembahyang maghrib. Tapi memandangkan kami ni bebudak lagi masa tu, kami ambik saf belakang sekali. aku berdiri sebelah ayu dan ayu pulak berdiri sebelah tingkap yang memisahkan bahagian lelaki dan perempuan. Sebaik imam memulakan sembahyang, kami pun mulalah mengikut imam seadanya....

Tiba-tiba tengah sembahyang tu, kami terdengar suara 'remaja' lelaki kat luar bercakap2. Biasalah perasaan ingin tahu tu terus membuak2... hehe. Si Ayu terus dengan selamba buka tingkap kat sebelah dia. kami berdua pun sama2 menjeling ke bahagian saf lelaki kat luar. Yerlah nak tahu jugak siapa yang dok bercakap2 tu, suara macam best, anak siapa, hensem ke tak.. hahaha. Tengah kita orang dok menjeling ke bahagian lelaki tu, tiba2 dia orang ternampak pulak kelibat kami sebalik tingkap tu... jadi untuk mengelakkan rasa malu sebab mereka dah perasan kami ni mengendap... Ayu pun terus tutup semula tingkap tu... hahahha.

Kami dua orang terus terkekeh kekeh sama2. Tapi yang kelakar tu.. kami tetap maintain teruskan sembahyang... hehehhe.

Tapi itu dulu2 lah. Zaman2 kecik. Cuma bila dikenang tu memang kelakar lah...


.....................................................

No comments: