D’ ŘőHǃȩ

Friday

SANGKAR KUCING DAN PARUTKU

Masa kecik-kecik dulu aku memang close dgn abang aku. Nama dia Rahmat, tapi kami panggil dia Ha. Match la dengan nick name aku Hie. Kami pun berdua jer. So mestilah banyak benda kita orang buat togeder-geder. Tapi yang aku tak suka, time membesar, kat kampung aku tu lebih ramai budak2 lelaki berbanding perempuan. So aku selalu dipinggirkan. Tension. Macamlah aku ni anak perempuan bongsu manja dengan mak…. (itulah rumors orang kampung pada aku..)

Satu hari tu, masa ni aku kecik lagi. Dalam 6 tahun kot. Abang aku tah apa mimpi nak buat sangkar kucing. Ishh macam pandai jer dia. Mana dia dapat akal nak buat sangkar kucing ni aku pun tak tahu. Siap kutip papan dan kayu kecil. Dari mana ..aku tak ingat dah. Lepas tu dia ambik gergaji arwah ayah aku. (masa ni arwah ayah aku masih ada). Gergaji tu besar. Lama punya style. Dia pun start ukur sana, ukur sini, tanda sana, tanda sini. Amboiii macam designer.

Lepas beberapa ketika buat kerja2 penandaan tu, dia pun dah ready nak buat kerja2 pemotongan plak. Dia pun dengan lagak kontraktor kelas A, panggil aku suruh tolong pegang kayu tu sebab dia nak gergaji. Aku ni pulak ibarat sub-kontraktor yang hanya menurut perintah.. kiri sikit, kanan sikit, sabor je la. Manalah tangan aku yang cantik ni boleh tahan kuasa gergaji yang besar tu. Dia pun semakin sebuk bagi arahan.. dan arahan dan arahan lagik…

Tiba-tiba…Zrappppp… bunyi gergaji telah bertemu dengan surface yang agak lembut dan fragile. Aku rasa pelik je kat jari kaki aku.. bila pandang jer.. nampak putih jer kat jari kelingking kaki aku. Tak lama lepas tu, darah pun mula keluar, semakin banyak dan semakin banyak. Aku pun apa lagi.. meraunglah..

Abang aku dengan selamba dia je suruh aku masuk rumah. Pandai je dia buat2 tak bersalah.. hahaha. Kat rumah arwah ayah aku cuci dan sapu ubat. Lepas tu sempat gak la dia sapu telinga abang aku tu. Hahaha padan muka.

Sampai hari ni, jari kelingking kanan aku masih ada parut tu. Dulu2 aku selalu marah abang aku pasal parut ni, yerlah, boleh jatuh saham ooooo. tapi sekarang aku anggap parut tu sebagai tanda kasih sayang kami dua beradik.


……………………………………………………..

2 comments:

KAWAN KO said...

SABOR..SABOR /TESTING 123...123. NNT SENANG I POST BAIK PUNYE KOMEN

Rohiez said...

huh