D’ ŘőHǃȩ

Tuesday

“ROHIE, KENAPA KO TIDO KAT TOILET NI..?”

Masa aku belajar kat UKM dulu, aku tinggal kat Kamsis Rahim Kajai. Kamsis ni mmg untuk budak2 yang aktif sukan sahaja. Termasuklah aku. Masa tu aku main handball dan bola jaring. Masa tahun dua, aku stay kat Blok F. Sebilik seorang so memang privacy untuk study..(konon2nya lah).. Masa musim sukan tengah on, memang tiap2 hari ada training. Kelas dan tutorial tu macam dah jadi perkara kedua. Nasib baiklah mak aku tak cukup kaya untuk pasang spy … kalau tak.. nahas.

Biasanya malam2 musim sukan ni, kami akan melepak sampai lewat pagi untuk membincangkan strategi nak menang sambil gosip2 dan mengumpat sikit2. (tu semua kawan2 aku lah tu). Boleh kata tiap2 malam ada persidangan ni. Bilik single yg sempit tu pun boleh muat 12 orang. Janji boleh bernafas. Bercakap, bercakap bercakap dan bercakap… Jadi…kalau dah tiap2 malam gitu, dah sah2 tidur tak cukup. Bila tidur tak cukup, mestilah susah bangun pagi, bila paksa jugak bangun, mestilah kepala pening, bila kepala pening maka….

“ROHIE, KENAPA KO TIDO KAT TOILET NI..?”

Sayup2 aku dengar suara pempuan tanya aku. Macam mimpi je. Tapi aku takleh buka mata pun.

“ALAMAK…DARAH..DARAH . BANYAK DARAH ATAS LANTAI NI..” Lagi suara aku dengar…

‘ AMBULANCE SAMPAI DAH.. STANDBY STANDBY.. ‘

Itulah antara ayat2 yang aku dapat dengar, (dan ingat hingga ke hari ini). Lepas tu aku sedar semula masa doktor tengah jahit luka-luka kat kepala aku… adeiiii. Rupanya aku dah ada kat Hospital Kajang. Lepas seharian kat hospital tu barulah aku boleh ingat balik kronologi kejadian tersebut.

Pagi tu masa bangun kepala aku berat sangat. Tapi aku paksa gak pegi bilik air kat tingkat 2. time nak gosok gigi tu aku rasa nak pitam. Kemudian… pitamlah apa lagi. Kepala aku terhantuk kat lantai. Berdarah2 cedera parah. Kawan aku si Zaireen kebetulan baru masuk bilik air nampak aku terbaring kat situ, dan dialah orang yang bertanggungjawab menanyakan soalan seperti title di atas… hehehehe. Ko mmg rock lah zaireen !.

Sebaik kluar hospital, aku direhatkan sementara dari training…. Aduhhhh macam cacing kepanasan aku kat tepi padang tengok team aku training…

* Thanks kawan2 yg banyak tolong aku masa tu zaireen, turis, Fid, Umi, Nolin dan ramai lagi dan yg melawat aku kat spital.

.................................................................

2 comments:

noorlin said...

oe, nolin yg nko citer lawat nko kat spital kajang tuh aku ker? Sebab, beberapa dekad lepas, waktu pass by kajang (spital) aku teringat memori seolah2 aku penah g sana dgn kengkawan utk visit kengkawan. malangnya otak aku jem. tak ingat aku g dgn saper & visit saper. kalo tul, tima kasih sebab mengembalikan ingatan ku walau tak sepenuhnya.

Rohiez said...

iyerlah tu.. ko lah tu. tengok aku dah mengimbaukan kenangan lama ko yg dah berkarat dlm kepala ko tu haa.. haha