D’ ŘőHǃȩ

Friday

PUASA "YANG YANG YOK'

Puasa ‘yang yang yok’ ni memang terkenal dikalangan kanak-kanak. Tapi yang bapak dan atuk kanak-kanak pun ramai jugak yang praktis. Kalau tidak, takdelah orang jabatan agama Islam ketar2 lutut buat operasi bulan puasa ni. Aku pun tak faham kenapa dorang ni boleh masuk kategori manusia tak berpuasa…tulang empat kerat ada, sehat, tenaga ader.. ermmm. Aku pun pernah jugak puasa yang yang yok ni… tapi masa sekolah rendah je lah. Masa tu aku kecik lagi. Badan pun halus melengking. Kalau tengok pun kesian sungguh. Tapi, bukan tak cukup makan, dah faktor genetik nak buat camana…

Berbalik pada citer aku ni, satu tahun tu, masa aku darjah dua. Baru belajar puasa lah kiranya. Mak aku ni tiap2 petang dia mesti akan buat kuih. Macam-macam kuih yang aku sendiri cuma tahu makan jerrr… sedap plak tu. Sampailah satu hari.. aduh malu nak citer bab kantoi ni. Tapi korang baca je lah sebagai tanda memori hidup aku.

So petang tu, aku baring terlepek kat dapur sambil mak aku siapkan kuih. Hari-hari melepek kepenatan. Sedih betul reaksi muka. Tapi dalam pada sedih tu, syok jugak dengan aroma kuih buah melaka campak mak aku. Dah siap, dia letak satu corner. Aku tengok penuh geram jer..

Tiba-tiba mak aku kata nak ambil daun kunyit kat belakang rumah. Biasalah rumah kampung, segala jenis sayur warna hijau nak ditanam. Kalau anggur tu boleh hidup belakang rumah aku, komfom mak aku dah tanam. Jadi, sebaik mak aku turun. .aku semakin ganazz usha kuih tu, nampak sungguh kuih tu memanggil2 aku. Dengan tenaga yang semakin berkurangan… aku yakin yang kuih tu akan bagi aku kuasa hikmat bola berapi… lalu..zassss aku capai satu dan masuk mulut. Sedap giler… tengok mak aku tak naik lagi..zasssss satu lagi. Mak aku tak naik gak lagi.. zasss satu lagi ..zasss..zasss… dan yang terakhir aku nak zass tu..sedang elok mak aku terpacul depan pintu dapur…. Alamakkkkk kantoi.

“Ermmmm dah buka puasa dah anak mak ni..” Kata mak aku. Lembut jer suara dia. Tak marah plak tu.

Aku pun berasa malu. Senyum je lah, nak buat apa lagi. Dan seingat aku, itu macam dah kali ke .. kali keberapa yerk aku zasss kuih2 mak aku… ?. Entahla. Tapi yang pasti bukan kali pertama lah. Ampun mak. Tapi sekarang tak buat lagi perangai buruk tu.



………………………………………………………………

2 comments:

AZERI said...

YG NI AKU SETUJU ...ADA KE BAPAK 2 BUDAK PUN PRAKTIK PUASA CAMMNI..X PAHAM AKU..

Anonymous said...

iyerlah azeri... tapi si rohie ni aku cayalah dia puasa baekkk punya.