D’ ŘőHǃȩ

Friday

MONEY IS EVERYTHING

‘Money is not everything’. Saper kata.. itulah kenyataan yang paling salah. Kajilah sendiri kuasa duit di poket anda. Nak habiskan duit RM50 sehari terlalu mudah, nak habiskan RM100 sehari pun tak susah. Nak habiskan RM1K sehari lagi lah tak mustahil…. Tapi kalau level aku ni nak habiskan RM1K sehari lepas tu confirm makan pasir campur rumput lah… itupun rumput liar tepi longkang, kalau rumput kapet tu pun kena pakai duit jugak.

Itulah kuasa duit hari ini. Aku ingat lagi, masa zaman sekolah rendah kecik2 dulu pegi sekolah bawak 50sen jer. Nasi lemak atau mee cuma 30sen. Beli air oren seposen. Balance seposen lagi beli aiskrim batang lepas habis sekolah. Memang tak laparlah… kalau keluar dengan mak pun mintak roti atau cekedis harga baru 2 3 posen jer.

Bila masuk sek men… makanan kat kantin makin naik. Nasi lemak dah seringgit. Itupun takat buat alas perut jerr… balik rumah terus pecah periuk. . petang kalau kluar pegi library, duit lagi. Beli keropoklah, beli buku nota la.. beli pen lah, diarilah..tah apa2 lagi. Setakat nak habiskan duit sepuluh ringgit tu memang slow jerrr…lepas tu buat muka bersalah depan mak mintak sepuluh lagik.

Bila kat U, zaman dah berubah banyak. Tiap2 semester, duit tak boleh takde. Awal2 sem sblm loan masuk mmg panas jer .. bila geng kata loan dah release, terus rasa duduk dalam salji…cool… apa taknya, kat U harga makanan pun macam kat restaurant. Ada duit makan, takde duti lapar. Megi segera mmg jadi sahabat karib. Dah jadi barang keperluan asas. Nak balik kg naik bas pun kena duit jugak, photostate nota pun duit gak, nak bind assgment pun duit, belum campur telefon dan bla bla bla… masa tu aku fikir zaman bekerja nanti mestilah zaman terbaik sebab dah ada duit sendiri… riban2.

Akan tetapi, bila dah bekerja.. memanglah berduit, tapi komitmen lagi tinggi. Kalau nak senaraikan, sama panjang dengan PLUS hiway. Antara yang berapi tak lain tak bukan petrol, tol, parking, makan, bil hp, bil air, bila api, astro, rumah, kereta, loan blaja (walaupun 3ribu lebih je tp tetap tak habis2 lagi), baju, keperluan asas anak, nursery anak, baby sitter anak, baju, kasut, mekap, beras, gula, susu, teh, kopi…huh… maklumlah masa zaman belajar semua tu mak yang fikir. itu tak campur dengan window shoping yang selalunya bertukar jadi door shopping. Dan tak termasuk lagi percutian2 yang tak sepatutnya masuk calendar…

Ermmmm, jadi kalau pasangan anda mementingkan wang ringgit, mereka bukanlah materialistic… tapi mereka realistic… inilah kehidupan hari ini. Tak caya… tempuhilah sendiri.


.................................................

4 comments:

Izan said...

wah... sapa2 yg baca ni memang tak jadi kawin la kalau cukup2 makan...

Rohiez said...

eh betul aper.. realistik tuuu.. :)

Izan said...

rezeki allah bagi. Rezeki anak pun dah ada. Akak tak caya tambah anak lagi 1. Mesti ada pertambahan income punya..Tak sedar je dapat.

Rohiez said...

rezeki memangla rezeki... tak dinafikan. tapi kuasa besar duit tu pun tak boleh dinafikan jugak.. kan.