D’ ŘőHǃȩ

Wednesday

MIMPI NGERI MLM - PART 1

Bila sebut pasal MLM, memamg ramai yg bagi respon tersendiri. Ada yang suka, ada yang tak nak pandang pun. Tapi bagi aku, itu hak masing2 lah kan. Cuma hingga ke hari ni, MLM ni memang tak kena dengan jiwa aku. Begitu juga dengan hubby aku. Yang tak tahan bila nak dengar dorang nak bercerita panjang tu. Aku ni dahla jenis tak penyabar. Aku TAK NAK dengar ayat-ayat cinta ataupun citer atuk nenek yang berjela-jela tu. Yang aku nak tahu, kalau invest RM10 berapa cepat boleh jadi RM1Juta. wahh…. Kategori gelojoh gak aku ni..

Nak dijadikan cerita, satu hari memba lama aku call kata nak datang rumah sambil2 visit anak aku yg masih berstatus baby lagi masa tu. Aku pun dengan senang hati meng’welcome’kan dia datang. Sampai rumah aku tengok dia datang dengan kawan. Takpelah ramai yang datang, banyak sikit gift boleh dapat..(cesshhh niat teruk tul).

Bila dah masuk, sambil tengok TV, kita orang pun sembang2, minum2, makan2, ketawa2, gosip2 … then tiba-tiba kawan dia pun start buka citer pasal MLM. Mungkin dah panas punggung tengok kawan aku tu tak start2 intro lagik. Aku dengan huby aku dah start berpandangan. Sah kena lagi hari ni.

Tiba-tiba, dengan selamba kodok dia ambik remote tv kita orang dan tutup TV. Sambil suruh kita orang focus.. huh, apa jadahnyer…

Dan panjang lebarlah citer yang aku kena dengar. Dah buat muka masam manis pun tak faham2 gak. Yang tak tahan tu.. dia boleh buat cakap.. kawan saya A tu dah kaya, kawan B dah pakai keta mewah, kawan C dah beli rumah, kawan D bla bla bla bla bla .. tp dia tak kaya2 gak lagi.

Selepas berhempas pulas buat muka tak nak dengar, barulah dia orang balik. Dan kami pun berikrar… NO MORE MLM… dan kami pun on semula TV dan menonton dengan perasaan yang pahit….

Ikrar NO MORE MLM ni masih utuh…. Unless ada yg dapat mengubahnya dengan cara professional kot..


.......................................................

No comments: