D’ ŘőHǃȩ

Monday

MENYAKAT BUDAK ASRAMA

Kisah melampau ni berlaku masa aku darjah enam. Aku sebenarnya bukan duduk hostel, tapi memandangkan UPSR dah dekat, jadi cikgu sarankan budak2 tahun 6 agar duduk asrama sebab ada kelas tambahan malam. Jadi aku pun pasrahlah walaupun tak pernah berjauhan dengan mak aku. Sedih ada gembira pun ada.

Antara kawan aku yang masuk asrama sebab nak exam tu ialah Normasayu, Anita, Roliza dan ...errr tak ingat nama, sori geng. Normasayu atau Ayu ni memang geng aku lah. ada je idea nak kenakan bebudak kat asrama tu. dah tu kenakan dorang malam2 hari plak tu.

Aku pun tak sure asrama sekolah aku tu memang ada hantu ke tak. Sebab macam2 version cerita hantu boleh dengar. Budak tu nampak lembaga ni, budak ni nampak bayang tu... lebih kurang gitulah... mungkin ya mungkin tak.

So, satu malam... aku dengan ayu ni memang nak ambik kesempatan untuk mendajalkan bebudak ni. Kalau ayu baca citer ni, aku harap dia tak menafikanlah kedajalan yang dah kita orang buat ni. hehe. Bila nak tido, kami akan pasang kelambu. sebab nyamuk banyak. so malam tu kami berdua tunggu sampai pukul 12malam lebih kurang. Kami pun turun dari katil dan masuk bawah katil salah sorang budak ni. Kiranya baring kat atas lantai lah ni. budak katil atas memang selamatlah...

So... dari bawah katil tu..kami pun hulur tangan ke atas sambil sebut..SUBOH SUBOH.. SUBOH SUBOH... hahahha. (Suboh tu sebenarnya nama seorang hamba Allah yang selalu berlegar2 kat Maran tu. Kalau tanya orang2 Maran mestilah dia orang kenal siapa Suboh ni. Kalau tak kenal tu bukan orang Maranlah tu... Tapi sekarang ni aku tak pasti Suboh ni ada lagi ke takde dah.. Ampun Suboh sebab pergunakan nama awak )

Sambung balik... so bila dah beberapa kali kami sebut SUBOH sambil hulurkan tangan.. apalagi menjerit lah kawan tu. terkejut badak dia... Giler tak terkejut tiba2 ada tangan naik dari bawah katil. Ala2 citer JU-ON tu..

Bila memba dah menjerit kita orang pun kluarlah dari bawah katil tu sambil ketawa besar... punyalah marah. Aku dah lupa siapa yang kena kacau malam tu..kalau tak silap Rahayu Hairuni ataupun Sarinah Basiri... hehe. Tapi dia bukan yang pertama dan bukan yang terakhir dikacau. hehe. ampun geng... aku kalau dah dengan Ayu ni memang nak buat kerja ganas jer.. hehe

Lepas tu aku terfikir balik. Alangkah tak sedar dirinya kita orang. Dah la menumpang asrama tu sebab nak attend kelas tambahan malam.. lagi nak mengacau budak2 permanent kat asrama tu.. hehehehe.. janji happy.



.........................................................

1 comment:

merandok said...

enjoy baca kisah ni; terkenang kisah sendiri :)