D’ ŘőHǃȩ

Wednesday

MENGIDAM PUNYA CITER

Mengandung anak pertama adalah pengalaman yang paling best dalam hidup aku. Tak ternilai saat2 tu rasanya. Lagi pun itu ajerlah pengalaman mengandung yang aku ada so far pun. Sah2 anak pun sorang jer. Sepanjang mengandung, aku memang kena morning sickness yg dahsyat… sampai 7 bulan tu aku masih muntah2 lagi. Apalah yg anak aku tak puas hati duk kat dalam perut aku time tu agaknya… hehe.

Tapi aku bukan nak citer pasal morning sickness..aku nak citer pasal mengidam. Ada beberapa benda yang aku nak makan antaranya buah kuini, gulai kambing dan buah lada hitam fresh… hah ko.

Buah Kuini : Kisahnya aku pegi Mydin Selayang dgn hubby aku. Tiba2 terbau buah kuini..uihhhhhh harumnya. Tp aku tak beli sebab tak tahu pun aku pregnant masa tu. Plus minus seminggu lepas tu, aku disahkan positif. Apa lagi tekak, jiwa, hati dan perasaan terus mintak buah kuini… pi semula Mydin dah habis pulak. Sudahhhhhh. kalau time musim buah memang boleh bawak tido buah kuini ni. masalahnya masa tu bukan musim buah lah plak. Puaslah hubby aku cari. Makan masa dua bulan jugaklah baru dapat makan. Sehinggalah mak mertua kirim dari kampung dan anak buah hubby aku bagi kat sekolah. Bila dapat makan lega sungguh perasaan aku.

Gulai kambing : ini yang paling kelakar. Satu malam tu dah pukul 11 lebih tekak aku teringin betul nak makan gulai kambing. Nak sangat ..nak sangattt…. So aku pun cakaplah kat hubby aku. Hubby aku janji hari esok tu dia akan belikan. Mula2 aku ok jer. Tapi beberapa minit lepas aku betul2 jiwa kacau. Tak boleh tidur. Perasaan memberontak betul. Nak jugakkkkk.. nak jugakkkkk… so nak tak nak laki aku pun terpaksalah ke kedai mamak al-bidayah kat Bdr Baru Selayang. Nasib baik ada. Tp bila dah bawak balik, aku makan sesuap dua jer. Lebihnya hubby aku yg ngabiskan.. tapi nasib baik kat KL ni kedai mamak banyak jual gulai kambing. Kalau aku duk kampung, tak ke letih mak aku nak sembelih seekor kambing jawabnya.

Lada Hitam : Aku tak tahu kenapa time ni aku rasa buah lada hitam fresh dari pokok tu sungguh lazat, enak dan berkhasiat ajer… macam makan kek secret recepy jer.. apa lagi aku pun meng’forward’kan pengidaman aku tu. Kecoh jugaklah 2 - 3 buah negeri nak mencari buah lada itam fresh ni. Kalau duk Sarawak dah boleh buat mandi dah dgn lada hitam ni. Akhirnya, setelah peperangan jiwa dan emosi berlaku, dapat jugaklah makan. Dan aku dapat tahu, abang aku dah kena redah sendiri kebun orang untuk dapatkan lada hitam ni. Tp hari ni baru rasa kesian kat dia. Masa nak makan tu tak kesah daaaa.

Dan beberapa makanan lagi yang aku nak makan. Cuma aku tak dapat makan lala yg aku suka kat Bangi sebab restaurant tu dah pindah kot. Tapi walaupun nak makan itu ini dan morning sickness yang teruk, aku bersyukur sangat sebab proses melahirkan sangat senang dan lancar. Terima kasih hubby sebab sentiasa di sisi sehinggalah selamat semuanya.


....................................................

No comments: