D’ ŘőHǃȩ

Monday

MATA ROSAZMAN TERCUCUK GUNTING

Kisah ni berlaku masa aku darjah enam. Kat sekolah keb Maran. Sekolah ni memang glemer sampai la ni. Dah makin cantik dan besar giler dah. Dulu zaman aku belajar besar sederhana jer. Apsal yerk... Adakah sebab tu aku tak pergi universiti luar negara... ahhaha..(Cuba menyalahkan saiz sekolah nampakk)

Tapi yang aku nak citer ni pasal kawan sekelas aku Ros Azman. Memang ngeri. Mata dia tercucuk gunting. gunting ni yang jenis besi tajam hujung tu. Dan yang lebih ngeri..gunting tu pulak aku yang punya. Tapi nasib baik yang tukang cucuk tu bukan aku.. Tu Wan Azhar atau nama glemer dia Yaya.. ngeee

Masa nak tunggu cikgu datang tu.. kami bertiga dok main2. Si Yaya pegang gunting tu. Biasalah.. galak sangat bermain.. (macam tak pernah main seumur hidup jer..). Tiba2 aku dengar Rosazman marah kat Yaya... dan dia terus tundukkan muka kat meja. ala2 orang merajuk tu. aku pun kacau2 lah dia. suruh dia bangun. Tapi dia tak bangun2 gak. Lepas tu aku pun suruh si Yaya mintak maaf. Konon2 nak jadi orang tengah lah.. Tapi still tak jalan jugak.

Beberapa ketika kemudian.. cikgu Ashaari pun masuk kelas. Cikgu kelas ni. berjambang.. ngeriii. Tapi dia baik. So bila kita semua bangun tapi si Ros Azman ni tak bangun2.. mestilah cikgu pun tumpang sekaki peliknya. Panggil dan panggil dan panggil dan panggil lagi. Akhirnya selepas kena paksa dengan cikgu RosAzman pun mengalah. Bila dia bangun aku terkejut nak pengsan tengok ada keluar lendir kaler hijau dari mata dia. Lepas tu cikgu Ashaari pun soal siasat lah siapa yang terlibat. Sah2 nama aku pun naik sekali. Then cikgu kata kena panggil polis datang. Huh..giler. dah dengar nama polis aku terus terbayang muka mak aku, terbayang penjara, kena gari bagai.. budak darjah 6 kan.. apalagi nak fikir kalau sebut polis.

Lepas tu aku dengan Yaya kena panggil je untuk soal siasat. Tapi kes tu memang eksiden. takde niat pun nak cederakn dia. gilerrr... Aku rasa keluarga dia pun faham dengan kejadian tu. Lama jugak dia cuti untuk buat pemeriksaan dan perubatan mata.

Cuma one thing yang aku ingat..disebabkan kejadian tu, dia jadi pelajar yang paling smart datang ke sekolah sebab pakai spek mata hitam.. budak2 lain jangan mimpi nak pi sekolah mcm tu. kalau nak.. pi cucuk mata dulu yerk.. (wehhh jangan wehh).


..........................................................

2 comments:

almass said...

rohi, aku pun cukup ingat kes ni...ni la modal aku nasihat kat budak2 sek aku supaya jgn main gunting....aku ada jumpa ros azman tu kat serengkam dulu, dah lama dah...masa aku kat ehsan dulu...mata dia ada mcm putih skit kat mata hitam tu...akibat insiden tu la kot...

Rohiez said...

ye ker ayu. aku terus lost contact dgn dia lps sek. kesian dia... aku doakan yang terbaik untuk dialah. tapi aku tak bersalah hehe.