D’ ŘőHǃȩ

Saturday

ALASAN BIJAK PARA EMAK

Masa kecik2 aku pun sama macam budak2 lain jugak. kalau ikut mak aku pergi market atau pekan sehari kat tempat aku, mesti nak suruh beli macam2...terutamanya mainan. Dan mak aku pulak samalah macam emak2 orang lain jugak. Takde kuasanya dia nak melayan aku membeli segala mainan bagai. Kalau mintak makanan tu biasanya memang dia belikanlah. So setiap kali keluar ikut mak aku.. atau setiap kali aku mintak mak aku belikan barang mainan..ada dua alasan yang memang akan aku ingat sampai matilah.

Kalau aku mintak mainan waktu aku keluar dengan mak aku..alasan dia ialah .:

"alaaaaaaaa.. mak tak bawak duit laaaa...."

Padahal dah berplastik2 beli barang lagi kata tak bawak duit...

Kalau aku pesan suruh mak aku belikan mainan bila mak aku keluar sorang2..alasan dia ialah :

"alaaaaaa...hari ni orang menjual tu tak buka kedai laaaa.."

macam berpakat je semua kedai2 kat Maran tu tak nak buka kedai plakkk..

mak oh mak... so sweet. bila dah besar2 ni aku selalu senyum sendiri kalau ingat balik. Dan sekarang alasan yang sama jugaklah aku perturunkan pada anak aku...hehe..


.......................................................

1 comment:

Anonymous said...

ish ish ishhhh