D’ ŘőHǃȩ

Saturday

KERJA PERTAMA DI KOLUMPO

Satu hari selepas sebulan melepak kat rumah lepas grad, aku dapat surat dari sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Envelope tebal. mesti bajet banyak company nih. dengan berdebar, aku pun buka dan mula baca ayat2 dalam tu...uikss.. bahasa inggeris weh. tapi aku ni tak penyabor sikit... so terus jump ke baris2 yg boleh memberikan good news sahaja. sah..memang sah. "CONGRATULATION!, YOU ARE HIRED........"

yes! yessss..! berjaya. aku dah dapat kerja. aku tak menganggur. sungguh bertuah. akulah yang terpilih itu.. kira2 nak melopmat gaklah aku...tapi tiba2 , aku jadi sayu semula. kenapa sayu.. sebab aku terpaksa tinggalkan mak aku lagi sorang2. aku memang nak sangat kerja tu. tp kesian dia kena duk sorang2. jadi aku pun face to face dgn dia..

Aku : "mak, hie dah dapat kerja kat KL... surat baru sampai"
Mak : "baguslah. Alhamdulillah.."

Mak gembira tapi selamba je nada dia.. apsal dia tak sedih aku nak pegi ni.

Aku : "tapi Hie ingat tak nak pegilah mak "
Mak : "Hah ngape..? Gaji tak padan ker.."

Ishhh...mak aku ni tak bleh trace lagik maksud aku nih..

Aku : "bukan, Hie kesian tinggal mak sorang2..."
Mak : "haihh..., Awok jangan buat pasal Hie. dah dapat kerja tu pegilah. ingat senang nak dapat kerja. Dah kata nak beli kereta, nak beli peti air tiga pintu, nak antor mak ke mekah... kalau tak keje nak beli dgn benda. cuba fikir betul2. Awok dah la takde ayoh. ni pulok kerja pertama... bla bla bla bla bla ..... "

Sangkaan aku meleset betul. Ingatkan dia nak sayu pilu. rupanya panjang lebar tazkirah mak. jauh kedepan betul pemikiran mak aku nih... sayang mak. Malam tu jugak kemas baju dgn mak aku.

dan Alhamdulillah, skrg Mak dah pun ke Mekah.

...........

No comments: