D’ ŘőHǃȩ

Thursday

KENAPA AKU TAKUT NAIK MOTOR

Setiap kejadian tu bukan saja ada hikmahnya…tapi juga ada sejarahnya. Samalah dengan kes ‘kenapa aku takut naik motor’ ni. Kejadian ni bermula masa aku sekolah dulu lagi. Masa nak spm aku rajin betul pergi library awam kat maran tu. Hari-hari lah boleh tengok muka aku. Macamlah kat rumah takleh study. (bukan tak boleh, cuma kurang ilham sket jer). Disebabkan aku selalu pegi library ni, aku memang rapat sangat dengan semua staff kat situ hinggakan aku pernah dilantik sebagai presiden Kelab Pembaca Remaja satu musim. Tapi aku bukan nak citer pasal KPR, aku nak citer kenapa aku takut naik motor.

Satu hari sewaktu sukan sekolah sedang berlangsung, aku pun duduklah jadi penyokong budak2 berlari 100meter, 200meter, 300meter.. bermeter2… tak kesahlah. Sebab ni bukan bidang aku pun… tiba2, aku ingat nak kena beli something kat Bandar. So aku dengan berani bangang pinjamlah motor cik Jidin. (Cik Jidin ni bos kat library awam masa tu… ) En Jidin ni memang baik hati… tak kedekut and tak berkira dengan budak2 ni…

Aku bawak motor sorang diri. Agak laju tapi takdelah sampai gaya merempit pulak. Dari padang Maran tu aku pusing ikut jalan berkat. Sampai simpang tiga antara perumahan dan SRJK China Maran tu, .. aku sepatutnya berhenti dulu. memang ada garisan untuk berhenti kat situ. Tapi entah kenapa aku rasa macam tak tertekan break jer masa tu….. takde pun makhlus kasar ( atau makhluk halus) yang ganggu aku…, takde pun kereta atau kenderaan lain ataupun budak2 kecik main basikal.. takde pun Faizal Husein lambai2 aku kat situ.. (masa tu faizal husein tengah top giler..) . tapi memang otak aku tak bagi arahan langsung kat jari2 aku yang halus mulus ni untuk tekan break….

Dalam keadaan tu, mata aku pandang depan… nampak jelas longkang kat depan tu tengah menanti.. apa aku nak buat ...apa aku nak buat… ? hati aku hantar soalan ke otak.. aku rasa jawapan yang otak aku bagi masa tu ialah.. ko terjun je lah dalam longkang tu… Dan memang sah aku terjun dengan motor2 tu sekali dalam longkang tu…

Adeiiii..rasa macam berat dan keras jer simen2 longkang tu.. aku pun bangun2 sambil gosok sana sini. Macam ada rasa sakit.. tapi tak jelas lagi kat mana. Kemudia aku tengok motor tu cun betul parking tengah2 longkang tu. Dan tiba-tiba…

Alamakkkkkk…ni motor cik Jidin… habislah aku.. apa nak buat..? macam mana nak bagi tahu dia..? dia lempang aku ke tak nanti ?.. berapa ratus nak ganti barang2 motor dia ni..? aku kena tangkap polis ker…? . adusss macam2 soalan kluar kat kepala. Kebetulan ada junior sekolah lalu. Aku pun selamba dek je suruh dorang angkat motor tu. Aku start semula ..lega masih bernyawa. Then patah balik ke padang. Aku mintak tolong geng2 lelaki tukar apa yang patut dan hantar balik motor tu.. nasib baik tak sampai 50 ringgit kena. Apa yang rosak haram aku tak tahu.

3 hari lepas tu baru aku berani call En Jidin. Nak mintak ampun. Nasib baik dia tak marah. Dan dia pun dah tahu sebenarnya… lepas tu aku takut dengan motor. hehe..


............................................

No comments: