D’ ŘőHǃȩ

Tuesday

KAKI LAST MINUTE

Menyiapkan kerja-kerja pada saat2 akhir atau last minute memang begitu sinonim dgn diri aku. Macam kembar aku je habit tu. walaupun tak ada cop kat dahi ni, tapi tak boleh nak buang jauh2 habit tu. yang paling obvious bila aku nak siapkan assignment masa belajar dulu dan belajar sekarang pun.

Soalan assignment biasanya diberikan dua atau tiga bulan awal. tapi biasalah, memandangkan ianya diberikan terlalu awal, aku akan simpan dulu tanpa rasa bersalah.Dah masa banyak lagi buat apa nak kecoh2 kan. alasan standard - biasalah nak tumpukan pada kerja2 office dulu. klise betul... lepas tu, agak2 lepas sebulan berlalu, aku akan buka semula soalan tu semata2 nak tahu apakah topik2 yang terlibat dan cari bahan di internet untuk dicopy paste... then save ajer bahan2 tu sekali lagi tanpa rasa bersalah. senang sungguh hidup.

hinggalah tiba dalam seminggu lagi nak dateline, barulah aku buka semula soalan2 tu dan segala bahan copy paste aku. lepas tu mulalah termenung fikir macam mana nak bagi assignment aku nampak power dalam masa yang singkat tu. nak susun ayat, nak betulkan grammar, nak buat formula, nak cek calculation..dan yang paling penting nak pastikan jawapan aku tu betul... ishhhh

paling stress malam dateline tu. tak boleh tido. masa tu baru perasan jawapan banyak yg skip sana skip sini sbb idea dah takde. terpaksa perah otak... adushh. then hari tu jugak caltridge habis takleh print. A4 pun habis jugak... semua stationary yg ada hari tu lah nak habisnya... tak faham aku. bila tengok semua orang dah senyap tido termasuklah rumah2 jiran kiri kanan depan belakang... aku lagilah tension. rasa dunia ni sungguh tak adil. kejam kejamm.. kenapa berat sebalah menindas aku yang malang ni. lepas tu pulak ada coursemate bg tahu dorang dah siap 2 3 hari lepas dah assignment.... wingggggggggggg rasa panas jer.

Maka, dengan semangat nak jadi top student.. aku pun paksa diri dan lawan segala hasutan jahat dalam diri aku...(adake orang nak hasut aku buat kerja last minute...? ) lalu aku kerah segala tenaga dan perah segala idea.... tapi kdg2 kerana kesuntukan masa... aku selalu tak boleh bagi yang terbaik... bukannya sebab aku ni tak terbaeeekkk punya.. (amek ati sendiri..) hahhaha


dan saat2 terakhir sebelum dateline ni aku selalu rasa menyesal sebab tak siapkan kerja awal2... tapi bila dah habis dateline..aku mesti dah lupa penyesalan tu... ermmmmmmmm


......................................................

No comments: