D’ ŘőHǃȩ

Thursday

'HILANG' KERETA KAT BASEMENT KLCC

Mahu tak gabra kalau ilang kereta... hehe. Lagi2 kalau barang dah penuh kiri kanan tapi kereta plak ilang. Lagi gabra bila masa tu aku sorang2 jer.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu aku pergi KLCC sebab nak beli barang sikitlah. Orang pempuan kan. kalau tak shoping tak real lah. Kebetulan plak hari cuti so parking punyalah susah nak cari. tension jiwa tul. selepas berpusing dan berpusing dan berpusing kat basement tu akhirnya dapatlah satu spot. sebab takut lambat, jadi aku pun terus keluar dari kereta menuju ke entrance terdekat. Dah masuk dalam tu teruslah mengukur segala kedai2 yang ada tu. Walaupun membeli barang, tapi window shopping yang lebih2.

Dah setel bab membeli sampai terbelah poket, tenaga dah kurang n tekak pun dahaga. apalagi pi foodcourt dulu tolong top up bisnes peniaga2 tu plak. makan minum makan minum..sampailah selesai.

Bila dah selesai...aku pun turun nak balik la. dengan selamba konfiden, aku terus menuju balik ke tempat parking aku tadi kat B3. sebaik berjalan keluar, aku terkejut badak bila tengok kereta aku takde kat spot tadi. alamakkkk... mana kereta aku. Hilanggg..
Aku pun pusing kiri, kanan, depan dan belakang... lagi dan lagi. dah berdebar dalam hati ni toksah citer lah. lepas dua tiga round pusing, aku pun pegi cari sekuriti. nak nangis pun ada. pak guard tu pun letak aku kat ofc sambil dorang pi siasat mana kereta aku dah pergi. Selepas kira 30 minit, dorang pun datang semula kat aku.

'Cik...kereta u dekat B2 yer..bukan B3. U takde ingat ker..?' ....

ehhhhh ehhh ehhh ehhhh ehhhhhhhhhhh... pereli aku plak. tapi nak buat camana, dah aku sendiri yang lupa, so senyum je lah.

Selepas tragedi tu, aku mesti akan ingat nombor tiang setiap kali aku parking kereta. giler... berpeluh tau kereta hilang... (walaupun aku yang ilang ingatan sebenarnya..) hehehe.


..................................................

No comments: