D’ ŘőHǃȩ

Wednesday

FITNAH AKU YANG PERTAMA..HEHEHE

Ni lagi satu kesah aku masa kecik2 dulu. Ni betul2 kecik lebey kurang 6 tahun kot. Masa ni aku kategori comot2 lagik. Masa kecik2 dulu tak banyak permainan yang aku boleh layan macam anak2 zaman2 sekarang. PS2 lah, PS3 lah, mario lah.. cikai2 pun boleh layan game paintball dlm komputer. Tapi masa aku dulu yang ada cuma basikal selain dok main polis sentri dan galah panjang.

Zaman membesar aku tak ramai kawan sebab kat kampung aku ramai budak lelaki berbanding perempuan. So terpaksalah aku tumpang bermain dengan geng2 abang aku yang tak ada jiwa sentimental tu. balik2 basikal, balik2 basikal.

Yang aku ingat masa tu aku tak pandai pun bawak basikal lagik. kalau nak main samada tumpang bertenggek kat belakang basikal abang aku atau aku dok tolak je basikal tu sejauh yang aku mampu.

So nak dijadikan cerita... satu hari aku nangis2 nak main basikal. Abang aku tak bagi sebab aku selalu jatuhkan basikal dia. Dah sah2 aku tak reti bawak lagi kan. Dan mak aku pulak risau kalau basikal tu hempap aku ker... maklumlah anak pempuan. berparut nanti jatuh plak saham. hahaha. Tapi hari tu, mak aku dah give up dgr aku nangis lalu dia pun keluarkan arahan kuatkuasa kat abang aku supaya serahkan basikal pada aku. apa lagi..senyum lebar lah aku. terus main tolak basikal tu. dalam pada syiok main tolak2 basikal tu, tiba2, aku hilang balancing and allignment... apa lagi basikal tu terus tergelincir ke bawah bukit. tergolek menggelongsor ke bawah. kalau boleh bersuara menangislah basikal tu. aku pun apalagi cuba melakukan kerja2 penyelamatan dengan cuba menolak semula basikal tu ke atas. tapi ... apalah dayaku. aku ini insan yang lemah. dengan tubuh yang kurus kering dan basikal yang lebih besar dari aku... aku gagal menjalankan misi tersebut. aku pandang sekeliling memang tak nampak kelibat abang aku utk mintak tolong. tah mana dia melompat dengan geng2 dia.

Disebabkan aku takut mak aku marah, so aku balik dengan muka sedih. Bila mak aku nampak aku tak bawak basikal dia pun start soal siasat aku. Aku pun dah bersedia dengan jawapan bodoh yang agak selamat untuk jangka pendek... hehe

"mana basikalnya..?"
"Ha ambik basikal" ..Uiksss selamba je FITNAH abang aku.
"Ishhh melampau betul..Nak kena budak ni"

Aku pun duduk tepi tangga tanpa rasa bersalah sambil tunggu abang aku balik.

Sebaik abang aku balik, mak aku pun terus shoot soklan2 beracun kat dia.

"Kenapa ambik basikal dari Hie. Dah tahu dia nak pun nak main jugak. Dia dahlah takde kawan. Awak dah besar, ngalah lah sikit dengan adik tu. Pulang balik basikal tu.."

Hah ko panjang lebar dia kena. Dia yang muka blur masa tu (memang kesian bila pikir balik..) terus jawab dengan hormatnya..

"Mana ada ambik. Orang pi main atas bukit. takkan nak bawak basikal naik bukit tu. orang tak tahulah".

alamak..!!!
Mak aku pun pandang muka aku semula. dia dh boleh agak aku telah 'MEMFITNAH' abang aku. Dia pun taklah marah aku, sebab tak nak aku menangis. aku dah takut sebab menipu dan MEMFITNAH ... hehe

"Sebenarnya basikal jatuh bawah bukit. Hie tak larat nak ambik". aku jawab dengan rasa bersalah, malu, takut, serik dan macam2 lagilah.

"ermmm takperlah... Ha gi ambik basikal bawak balik". Kata mak aku sambil tutup kes.

Moral of the story, jangan menipu untuk tutup kesalahan, sebab bila dah terbongkar..lagilah malu wehh. Hehe..


................................................

No comments: