D’ ŘőHǃȩ

Saturday

FILEM TITANIC YANG SEDIH DAN INSAF

Sebut saja Titanic semua orang tahu pasal filem ni. Filem yang menjadi box office di seluruh dunia. Bukan sahaja kerana pelakonnya yang hebat... (leonardo lah katakan) tapi juga jalan cerita yang hebat berdasarkan kisah benar. (Benarlah gamaknya tu).
Filem ni keluar masa aku di tahun dua UKM. Memandangkan masa tu aku agak free, jadi aku pergilah tengok cerita ni dengan kawan2 aku.

Start2 je cerita... dah rasa terharu dan sedih.. bukan sebab kapal tu dah tenggelam, tapi menengokkan watak si Rose yang dah tua tu. Aku sendiri pun tak tahulah boleh sampai nyawa ke umur tu ataupun tak. ermmm

So aku dengan kawan2 pun teruslah menonton. Sehinggalah ke saat kapal tu dah langgar iceberg tu dan pecah dan air masuk dan dah nak karam dan keadaan cemas dan penumpang terjun laut...huhhh. Memang sedih dan rasa kesian. lagi2 pada penumpang kelas kedua sebab kena kunci pintu keluar. Aku pun mula terbayangkan seksanya dia orang mati kerana lemas, tertelan air masin dari hidung dan mulut, paru2 dimasuki air masin perlahan2... dan tubuh bagai dicucuk duri akibat kesejukan air laut diwaktu malam. memang aku and the gang menangis jugaklah masa tu. air mata kluar laju tapi masing2 kontrol.. takkan nak sob sob dalam pangung plak kan..

Beberapa minggu lepas aku tengok Titanic tu, aku pun balik kampung jumpa mak aku. bercuti lah kiranya. so masa kat rumah tu, aku pun citerlah kat mak aku pasal citer Titanic yang sedih hingga aku menangis dan rasa insaf. bersungguh2 aku cerita kat mak aku tambahan pula aku ni tak reti berenang so lagilah real the way aku cerita tu.

Bila dengar aku cakap macam tu, mak aku selamba je buat statement kat aku...

"Orang kalau insaf, berhenti bercakap pegi ambik air sembahyang pi mengaji Quran lepas tu sembahyang sunat banyak2, bukannya bercakap yang banyak".

erkkkkkkk.... aku terkedu.


......................................................

No comments: