D’ ŘőHǃȩ

Wednesday

"DIKEJAR DAYANG SENANDUNG'

Kisah ni berlaku masa aku darjah tiga. Zaman comot lagik nih. Masa tu semua geng2 sekolah aku pergi sekolah naik basikal termasuklah abang aku. Aku pun excitedlah nak naik basikal sekali. tapi mak tak bagi aku bawak sendiri so tumpanglah basikal abang aku. Di kg aku tu, ada seorang makcik yang akan teman anak dia pergi sekolah dgn basikal jugak. Tapi kami tak rapat sgt dgn makcik tu.

Disebabkan tak rapat hubungan tu, aku rasa macam berhak jerr untuk ejek2 makcik tu. Macam makcik tu tak ada space kat bumi jerr.. Yang aku ingat aku selalu panggil dia DAYANG SENANDUNG tiap kali bertembung. kenapa nama Dayang Senandung boleh terlibat ??....hehe toksah citerlah. Sebenarnya dah berkali2 aku ejek makcik tu, tp makcik tu cool ajer. dia tak pandang pun kita orang..lagilah aku rasa tak bersalah.(atau dia sebenarnya tgh fikir strategy untuk serang balas..) Aku and the geng pun apa lagi... Dayang Senandung, dayang senandung, dayang Senandung, Dayang Senandung.... Itulah ungkapan rasmi setiap pagi bila bertembung dengan dia..

Satu hari... jeng jeng jeng.. sebaik ternampak je makcik tu dari jauh, aku dah bersedia macam biasa. Sedang elok aku sebut Dayang Senandung.... Makcik tu terus pusing basikal dia arah kita orang sambil jerit ..

"Siapa dia Dayang Senandung.. Haaaa..ni dia Dayang Senandung".
"Haa..mari sini jumpa Dayang Senandung"
"Nak cari Dayang Senandungkan.... Haa Marilah sini mariii..."
"Jangan lari yer..ini Dayang Senandung sudah datang"
"Bla bla bla bla bla bla......"

Aku bagai dihempap batu bata atas kepala. Terkejut macam jantung kena renjatan elektrik 100ribu watt. Gilerrr, rasa nak muntah hijau tengok makcik tu terjerit2 sambil kejar kita orang. Masa tu aku tak toleh belakang lagi dah... yang aku ingat geng2 abang aku semua pecut basikal macam anak lipas kudung... dan aku sambil terketar2 lutut

"Ha lajulah lagik. dia kat belakang tu... cepatlah sikit.. kayuh lajuuu..."

Aku bagi arahan kat abang aku. abang aku pun jadi mangsa subahat aku ..kesian dia.

"Dah laju dah ni. tu lah, saper suruh awok ejek dia. Kan dah kena kejar..Ishhhh"

Aku terus peluk abang aku sekuat hati. sambil membayangkan tangan makcik tu dah tinggal 1CM lagik nak tarik rambut aku.

Sampai ke dalam bandar dia kejar kita orang. Mahu tak serik aku dibuatnya. Sampai sekolah aku rasa macam tak boleh nak berjalan. lembik lutut bagai. aku insaf giler.

Selepas kejadian di kejar Dayang Senandung tu, aku tak berani lagi ejek dia. Nak pandang dia pun takut. Kalau makcik tu masih ada atau dia akan terbaca blog aku ni, (atau anak2 n cucu2 dia) aku mintak ampun dari hujung rambut ke hujung kaki.



*Persoalannya :
Dalam kes ini, adakah Rohie tiada kesedaran sivik atau terpengaruh dengan rakan sebaya..? hehehe...


.......................................................

2 comments:

azeri n said...

cheh masih x ngaku tu...hahahha

Rohiez said...

wehhh.. i budak baeeekk tauu