D’ ŘőHǃȩ

Monday

BEDEBEK DEPAN KEDAI CAR WASH

Huhhh..malunya toksah citer lah...

Hari tu..tengah hari yang sangat terang benderang. takde mendung sikit pun. Aku sebenarnya nak keluar pegi site. So hari tu aku memang pakai jeans la. senang sikit nak bergerak. Dan heel 2inci. Primavera hitam kasut favourite aku.

Kereta aku park jauh sikit dari office. Sebab pagi tadi parking penuh so terpaksalah menapak sikit. Dah la menapak jauh..DBKL plak suka2 hati je nak saman kereta aku. Dia orang ingat aku ni takde darah VIP ker... ceyyy.

untuk sampai ke kereta aku, aku kena lalu kat depan kedai tu dulu. Tapi sebab corridor kedai tu basah dan licin aku pun kenalah turun ke atas jalan tar. Masa lalu kat depan car wash tu, budak2 kat situ pandang2 jugak aku. tapi aku memang buat muka selamba je la. bukan sombong tapi segan. (perempuan melayu terakhirlah katakan..)

Masa nak turun ke jalan tar tu..aku lalu atas besi condong kat koridor untuk kereta turun naik ke dalam kedai tu. tak reti aku nak explain apa nama benda tu. aku tak tahu pun benda tu pun licin jugak.....so sebaik je aku pijak benda tu.. tanpa memandang ke kiri dan ke kanan.. (korang imagine dengan hill 2 inci nih) ... kaki aku pun terus tergelincir... licin.. air sabun penuh kat situ. Terus tak dapat dibanteras lagi kejatuhan aku... gedebek.. adeiiiiii.. terus terduduk kat situ.

seriously aku memang tak tahu nak act macam mana. muka dah merah. nak marah salah, nak senyum salah, nak buat muka sakit pun salah. dah lah selang dua tiga kedai dari situ restaurant... ohhhh no. Hari2 cerah plak tu langsung tak menghalang penglihatan mereka pada aku... ishhhh

So untuk tidak membuatkan aku rasa malu..aku pun bangun dan gosok2 lantai kat situ sebab nak tunjukkan yang aku jatuh sebab lantai tu yang licin.. bebudak tu yang bersalah.

Lepas tu aku pun berazam untuk tidak akan lalu di depan kedai itu lagi. cisss


.....................................................

2 comments:

Izan said...

cwh.. kalau stakat lalu kat blkg sama je.. Pengajarannya.. jgn lalu depan kedai tu ye adik2

Rohiez said...

fizan, moral of the story ialah jgn lalu kay wet floor.. memang saja nak cari malu lah tu.. cesshhh