D’ ŘőHǃȩ

Saturday

ANTARA 'BELAJAR' DAN 'MENGAJAR'

Masa aku di tingkatan empat dulu, ada satu family china kat kampung aku yg baik dgn mak aku. Aku ingat nama dia Ah Tong. Friendly dan baik dengan orang melayu. Satu hari, (entah apa yg mak aku dah ayat kat dia pasal aku) dia cari aku kat rumah. aku agak gabra dah masa tu.. ingatakan kenapa rupanya nak suruh aku ajar anak dia tuisyen.. subjek - BM dan BI... erkkkk.. anak dia 3 orang. sorang tu nak UPSR. susah nak gambarkan perasaan aku masa tu, malu ada..mcmlah aku terer sangat, takut ada..kang tak pandai2 gak bebudak tu, bangga pun ada.. mana dia tahu aku ni genius..hehe.

so aku pun pegi ajerlah ajar petang2 lepas sek. 3 kali seminggu. dia orang tunjuk kertas periksa lama -BI average 50++ dan BM ..toksah la sebut. aku pun dgn penuh dedikasi ajor dorang.. sampai kdg2 skip homework sendiri. alasan standard tu.. dalam tempoh tu aku jadi close dgn bebudak tu. sampai pinjamkan aku kaset leon lai ming.. haha. macamlah faham.

lepas tu, exam mid term pun bermula. aku lagik gabra lebih dr bebudak tu. takut dorang tak faham apa aku ajor. errrrrkkk. sehingga bila markah kluar dorang tunjuk kat aku... haaaaaa BM 79, BI 92... alamak... terernya dia... aku yg kononnya dok bagi tuisyen kat dorang ni pun tak dapat markah macam tu ... hehe.
senyum lebar mak ayah dia... aku punnnn

yg paling aku ingat, setiap bulan ayah dia akan bayar RM8.00 utk satu subjek. dapatlah aku 16ringgit sebulan.... tp hari ni kos utk tuisyen ialah ....???? lu fikirlah sendiri...

............................

No comments: