D’ ŘőHǃȩ

Friday

AKU YANG SUKA BERCAKAP

Aku sebenarnya dilahirkan sebagai seorang yang suka bercakap. Masa kecik2 keje aku asyik bercakap jer. Tapi malangnya kat rumah tak de saper yang nak layan aku bercakap selain mak dan abang aku. selalu rasa stress sebab banyak benda nak diluahkan... tapi tak de masa nak buat kerana masing2 sibuk dengan urusan masing. Lagipun, nak bercerita sangat pun tak boleh jugak. Jiwa aku dia orang tak berapa faham sangat... sebab aku sendiri pun selalu tak faham jiwa sendiri. errr.. Jadi salah satu cara untuk aku lepaskan gian ialah bercakap banyakkk kat sekolah. Disebabkan itu jugaklah aku telah secara eksiden menyertai syarahan, pidato dan bahas kat sekolah aku.

Pada mula2 masa tingkatan satu dan dua, aku masuk tu cuma untuk suka2 jer. Tapi lepas tu macam dah jadi kewajipan pulak. Setiap kali ada pertandingan, hah muka aku lah yang kena carik dgn cikgu. kena bawak sekolah tu, sekolah ni. daerah tu daerah ni. negeri tu negeri nih... ermmm sweet betul. Masa tu aku fikir untungnya.. sebabkan bercakap jer aku boleh jalan2 sambil naik kereta cikgu . ahaksss.

Tapi sebenarnya, ada dua perkara yang buatkan aku suka masuk pertandingan ni... pertama dapat pegi sekolah orang dan jumpa kawan2 baru... mahu tak besttt. Bukan saja kenal budak2 pempuan..budak2 laki jugakkkkk....hehehe. (Alaaaa takat kenal jerrr). Dan kedua.. sebab boleh skip kelas. hehehhe. serius.. Inilah saat yang paling best sebagai seorang pupil... haha. Lagi2 kalau hari yang banyak subject core... best giler.

Tapi bagus juga sebenarnya aku banyak bercakap. Sebab aku selalu jadi wakil sekolah untuk semua pertandingan ni. Dan bagusnya bila selalu masuk pertandingan ni sebab aku boleh gunakan semua pengalaman 'bercakap' tu waktu aku bekerja sekarang ni.. cuma sekarang ni bukan takat bercakap ajela..tapi bertekak jugak... hahahha.


...........................................

2 comments:

Izan said...

sama la. Bza say tak bertekak la.. sy ngorat.Hehehehhee

Rohiez said...

cehhh..aku dah agak dah.. haha