D’ ŘőHǃȩ

Friday

ADRIENA TERTELAN BIJI LANGSAT

Masa aku kecik2 dulu, mak aku selalu pesan supaya jangan sekali kali telan biji buah-buahan macam langsat, duku atau manggis. mak aku kata kalau tertelan nanti biji tu akan tumbuh dalam perut aku. bila dah besar pokok tu akan hidup dalam badan aku. dahan dan daun2nya akan keluar ikut telinga, mata, hidung dan mulut aku... hah..mahu tak kejung jantung aku dengar kejadian pokok tumbuh dalam perut... dan aku memang percaya hidup2 masa tu. haha. sampailah aku besar2 barulah aku tahu semua tu sebenarnya tak betul. Niat mak aku tu cuma tak nak aku lekat biji2 buah tu ataupun kena sembelit...

Bila sampai masa aku dah ada anak sendiri, tentulah aku turunkan juga pesanan penaja yang sama mahal tu. dan sebijik macam aku, si Adriena pun memang percaya dengan pesanan tu. yerlah masa tu dia cuma umur 4 tahun.

So satu hari, aku beli buah langsat dan makan2 dengan dia depan tv. memandangkan kami berdua je kat rumah, so aku tak kisahlah dia bising2 dan melompat2 depan tv sambil makan langsat tu. sekali sekala tengok dia galak sangat aku tegur jugaklah. Bagi peringatan pasal pokok tumbuh dalam perut tu..

Dalam pada dia tengah melompat2 tu tiba2 dia terus berhenti. Tegak berdiri macam terlanggar tiang. Aku dah rasa pelik dah. Beberapa saat lepas tu dia pusing pandang aku dan terus pegang tangan au. Aku sentap betul masa tu tengok muka dia dah pucat lesi... aku pun terus tanya kenapa..risau gak kan.



"mama..Na tak nak mati..mama Na tak nak mati mama... tolong Na mama. Na tak nak mati.." Dia dengan nada cemas melampau menjawab. sambil pegang2 tangan aku.

"kenapa..? kenapa..?" aku dah cuak.

"Mama Na tertelan biji langsat nih. Mama..Na tak nak mati mama. Nanti pokok ni kluar dari mata dari mulut dari hidung Na..." Dia still cemas and pucat. Air mata dah bergenang kat mata dia masa tu.

"ooooooooooooooooooooooooo...."

Aku pun terus peluk dia. Walaupun aku tahu biji tu takkan tumbuh tapi aku tetap tak bagi tahu Adriena hal yang sebenar. Supaya dia serik dan beringat masa depan. Lepas tu aku suruh dia minum air sejuk banyak2. Aku kata supaya biji langsat tu lemas dan tak akan tumbuh dalam perut dia..

Beberapa minit lepas tu barulah dia dapat semangat balik. Tapi dia masih lagi pegang tangan aku. Sejuk. Dan aku terus peluk dia kuat2. Kesian dia. Tapi bagus jugak. At least dia akan beringat. Dan aku akan pastikan dia akan turunkan pesanan penaja ni pada anak cucu dia pulak nanti.. hehe.


...............................................

2 comments:

noorlin said...

inilah kali pertama aku tau yg bijik langsat boleh lemas kat dlm perut. kha.. kha..kha.. tima kasih. nt aku pinjam petua2 nko utk muhsin yer. aku pun dah ala2 lupa byk petua zaman kecik2 dulu.

Rohiez said...

keh keh .. nolin.. ko blajar je sebanyak mana pun petua org tua2 nih.. klu tak jadik ko buat jer petua sendiri plak.. amacam..?