D’ ŘőHǃȩ

Wednesday

ADRIENA SUKA CAKAP TERBALIK

Adriena atau nama penuh anak tunggal aku ialah Wan Nur Adriena Sofea. Dialah satu2nya jantung hati aku setakat ni. Bak kata orang tua, dialah madu dialah racun. ada masa kami ni manja sangat sesama sendiri... tapi adakalanya bertempik jugak kat rumah tu.

Ada satu perkara yang funny tentang anak aku ni ialah cara dia menyebut perkataan bila dia bercakap. Dia selalu cakap terbalik. Masa kecil2 dulu lagi obvious. Tapi sekarang dah lebih baik. cuma sekali sekala adalah jugak dia tersasul.

Antara perkataan yang dia selalu salah sebut ialah :

Plastik : Spatik
Petronas : Pretonas
simen : Mesin
Pasti : Spati
Tauge : Tego
Sotong : Tosong
Sikat : Kisat
Basikal : Sabikal
Siti Nurhaliza : Siti Hurnaliza...

hehehehe... dan banyakkkkkk lagilah. cute betul


..........................................

No comments: