D’ ŘőHǃȩ

Friday

MENJADI SEORANG MAMA ADALAH PERKARA TERBAIK DALAM HIDUP AKU...


Tanggal 29 july 2003 kira2 pkl 2pm di hospital selayang aku selamat melahirkan seorang bayi yang cukup sempurna sifatnya... perempuan rupanya. aku tak kisah lelaki atau perempuan. mmg tak scan pun masa pregnant tu. bila nurse angkat baby aku.. aku dapat tengok seluruh badan baby aku.. terus datang satu perasaan syukur yg tak terhingga. sempurna, comel, putih melepak. tiba2 nurse sebelah aku bersuara... 'cantiknya anak awak..putih'. Aku tersenyum bangga dan terus lupa segala sakit perit melahirkan tu. then doktor yg menyambut pulak bersuara 'ha dengar tu apa yg nurse tu cakap. best kan jadi mama, dapat baby comel plak'. aku terus senyum syukur sambil berterima kasih pada semua nurse n doktor tu. then baby aku pun dibawa kluar untuk diqamatkan dan dibersihkan.

lps beberapa ketika aku dah tak mahu senyum lagi kat doktor tu... sebab kerja2 penjahitan pun dah bermula... deiiii


.......................

No comments: